"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis rampas komputer Ketua AMK Rembau

PETALING JAYA: Polis merampas komputer milik Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau, Sani Md Shah awal pagi semalam berhubung kes akaun twitter palsu (menyamar) yang mulanya menggunakan twitt handle @AMK_Rembau.
Melalui satu kenyataan media hari ini, Sani memberitahu kira-kira jam 9.00 pagi semalam beliau mendapat panggilan telefon dari pegawai polis yang dikenali sebagai ASP Wisma dari IPD Ampang, Selangor.

Katanya, pegawai polis itu memaklumkan bahawa saya perlu berada pada jam 11.30 pagi di Balai Polis S2 untuk dirakam kenyataan.

Apabila sampai di balai polis beliau (ASP Wisma) memaklumkan perlu ke rumah saya dan pejabat saya kerana polis hendak membuat rampasan komputer. Saya bersama dengan polis telah menuju ke kediaman saya di Senawang.

“Dalam perjalanan, saya telah menghubungi Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard untuk memaklumkan tentang perkara ini. Chegu Bard meminta saya supaya jangan membenarkan polis masuk ke dalam rumah selagi peguam tidak sampai.

Masuk dalam rumah

“Setelah menunggu 15 minit di kawasan rumah saya, akhirnya peguam Jason dan beberapa wartawan sampai, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, Ravi Adun Senawang, P Gunasekaran.
“Sekumpulan polis masuk ke dalam rumah saya dengan berpakaian seragam, isteri saya yang sedang cuti sakit terkejut dan anak-anak saya tercengang-cengang.

“Mereka membawa keluar komputer kami sekeluarga yang isteri saya sering buat kerja pejabat yang tak selesai dan anak-anak sering gunakan juga untuk urusan kerja sekolah mereka,” tambahnya.

Kes ini katanya, bersangkutan dengan kes akaun twitter palsu/menyamar yang mulanya menggunakan twitt handle @AMK_Rembau.

“Twitt ini wujud ketika pemilihan parti dan digunakan sebagai strategi memburukkan nama CheguBard yang pada ketika itu menawar diri bertanding Ketua AMK Pusat.

Menurut Sani, strategi ini memang berleluasa tanpa dapat dikawal ketika itu dan penggunaan akaun laman sosial palsu merupakan antara strategi utama politik jahat menjatuhkan CheguBard ketika itu.

“Namun semuanya tidak berhenti selepas pemilihan selesai. Akaun palsu yang menggunakan identiti AMK Rembau ini terus digunakan dengan menggunakan ayat-ayat lucah, kasar dan ada kalanya melampau seperti menghina raja.

“Saya yakin ini semua ini untuk memburukkan CheguBard,” jelas beliau.

Tiada ulasan: