"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dana Tabung Haji diseleweng?

Sekitar Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom didesak supaya melantik badan akauntan dan audit bebas bagi menyiasat secara terperinci aktiviti pelaburan anak syarikat Lembaga Tabung Haji (LTH).
 
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, ini perlu bagi meningkatkan akauntabiliti, ketelusan serta memberi jaminan segala pelaburan dan proses tatakelolaan LTH selamat dari penyelewengan.

Katanya, pihaknya bimbang apabila LTH terlibat dalam pelaburan syarikat yang bermasalah, Silver Bird Group Berhad yang telah menghadapi masalah kewangan yang serius dan perlu melakukan penstrukturan semula hutang sejak Februari lalu.

“Sebagai salah satu pemegang saham terbesar syarikat ini, LTH (22.19 peratus) sudah tentu terdedah kepada ketidaktentuan di Silver Bird ini yang dianggarkan menjangkau RM111.5 juta,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malah, katanya isu pelaburan dan tender projek “Queue Management System” turut dibangkitkan apabila diberikan kepada syarikat yang kurang berpengalaman sehingga Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemberian tender itu.

“Selain itu, isu Lityan dan peletakan jawatan Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) selepas EGM di Petra Perdana menguatkan lagi tanggapan tentang kepincangan dan kelemahan pelaburan yang dbuat oleh LTH,” tegas Naib Presiden PKR itu.
 
Beliau berkata, dakwaan ini dikuatkan lagi apabila bekas Pengerusi dan Pengarah Besar LTH Tan Sri Hanafiah Ahmad mencadangkan agar siasatan bebas perlu dijalankan segera kerana terdapat banyak aktiviti pelaburan LTH yang dipersoalkan oleh para pendeposit yang kini seramai 5.1 juta.

Pada masa yang sama, Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah yang berpandangan akauntabiliti dan ketelusan pelaburan LTH tidak memuaskan, menurut Izzah yang memetik laporan akhbar pada StarBiz tahun 2010.

“Saya harap kebenaran isu ini akan dicapai demi rakyat khususnya umat Islam yang menjadi pendeposit dalam LTH,” katanya.

Tiada ulasan: