"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa penjenayah Scorpene kebal tindakan undang2

Masdar Wahid
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mempersoal apa keistimewaan Abdul Razak Baginda yang begitu kebal dari tindakan undang-undang walaupun terbukti beliau terlibat dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene.
Abdul Razak ketika perbicaraan kes pembunuhan Altantuya pada 2007
Ini kerana katanya, sehingga kini Abdul Razak kekal bebas sedangkan skandal itu jelas memalukan Malaysia kerana wujudnya elemen rasuah.

“Jingga 13 hairan kenapa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis hingga kini membisu terhadap pemilik syarikat Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd iaitu Razak Baginda dan bapanya yang membocor dan menjual rahsia negara kepada DCNS.

“Ini jelas pengkhianatan kepada negara kerana pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) membiarkan penjenayah ini bebas tanpa diambil tindakan,” kata Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dalam satu kenyataan.

DCNS, ialah syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap semua yang terlibat dalam skandal itu termasuk Najib Razak yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu.
“Jingga 13 menyelar sikap berdiam diri ATM dan polis terhadap skandal ini dan mendesak tindakan tanpa belas kasihan wajib diambil demi maruah, kedaulatan dan keselamatan negara.

“Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ketika itu juga wajar diambil tindakan untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan,” kata Fariz lagi.

Abdul Razak merupakan bekas penganalisis politik dan pembantu rapat kepada Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau menjadi terkenal dalam tahun 2006 apabila beliau didakwa bersubahat dalam pembunuhan ngeri model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 16 November 2006.

Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, melakukan pembunuhan model itu.

Bagaimanapun, pada 31 Oktober 2008, Mahkamah Barisan Nasional mendapati kes tersebut ‘prima facie’ dan Razak telah dilepaskan dan dibebaskan.

Tiada ulasan: