"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas isteri Sultan Brunei ni suka berjudi rupanya, patut pun kena cerai

Berlian RM12 juta: Bekas pengawal peribadi dibebaskan

LONDON 5 Mac: Sebuah mahkamah, di sini semalam membebaskan seorang bekas pengawal peribadi kepada bekas isteri Sultan Brunei daripada tuduhan mencuri tiga set berlian bernilai 12 juta pound (RM65.5 juta) daripada bekas majikannya itu dan menggantikan barangan kemas itu dengan replika murahan.

Juri Mahkamah Isleworth mengambil masa hampir 15 jam untuk membuat keputusan membebaskan Fatimah Lim, 35, daripada tiga pertuduhan mencuri itu.

Fatimah, pemenang pingat perak acara perseorangan badminton pada Sukan Komanwel 2002 di United Kingdom, didakwa mencuri permata itu semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan kepada Mariam Aziz sebelum menjual barangan kemas itu di Geneva kepada peniaga dengan harga hanya 4.1 juta pound (RM22.3 juta) pada 2008 dan 2009.

Dia dituduh menukar barangan kemas itu terdiri daripada berlian biru 12.71 karat berbentuk buah pir bernilai 7.6 juta pound (RM41.4 juta), berlian kuning seberat 27.1 karat berbentuk segi empat tepat bernilai 600,000 pound (RM3.2 juta) dengan batu permata palsu diperbuat daripada kaca dan mineral tanzanite.

Daily Mail melaporkan, Fatimah turut dituduh mencuri gelang berlian bernilai 3.3 juta pound (RM18 juta) milik Mariam yang dibelinya dari kedai barangan kemas Graff di Bond Street.

Fatimah dalam pembelaannya berkata, dia menjual berlian-berlian itu bagi pihak majikannya, Mariam yang meminta bekas pemain badminton Singapura itu melakukan urus niaga barangan kemas tersebut secara rahsia kerana Mariam memerlukan wang tunai bagi membayar hutangnya.

Fatimah mendakwa majikannya itu mempunyai hutang yang banyak dengan beberapa buah kasino terkemuka di luar negara dan mahu menjual barangan kemasnya itu bagi membayar hutangnya itu, supaya tabiatnya suka berjudi tidak diketahui keluarga Diraja Brunei.

Tiada ulasan: