"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat Malaysia sudah cecah 30 Juta berikut adalah statistik penduduk di Malaysia

KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk di Malaysia kini mencatatkan rekod baharu apabila mencecah angka 30 juta orang kelmarin.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu.

Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang.

“Jumlah tersebut berdasarkan kajian dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit.

Maklumat lanjut perangkaan jumlah rakyat Malaysia bagi tahun 2014 klik sini – MRM bagi Malaysia Population Clock klik sini

Sumber Kosmo Online

Statistik 2012 penduduk Islam dan agama lain di Malaysia:

Dari 28.334juta rakyat malaysia,
penganut Islam adalah 17,375juta (61.3%) ,
Kristian 2.617j (9.2%),
Buddhist 5.620j (19.8%),
Hindu 1.77 (6.3%),
Cina Tradisi 0.356j (1.2%),
lain-lain 0.11j (0.4%),
tiada agama 0.2j (0.7%)
dan tidak diketahui 0.272j (1%)
Perkembangan agama diMalaysia dari tahun 2000 ke 2010 adalah spt. berikut

1. Islam 60.4% pada 2000 ke 61.3%
2. Kristian 9.1% ke 9.2%
3. Buddha 19.2% ke 19.8%
4. Hindu 6.3% ke 6.3%
5. Cina Tradisi 2.6% ke 1.4%
6. Lain-lain 2.3% ke 1.1%
7. Tak diketahui 0.1% – 0.9%

Statistik agama utk bangsa Cina di Malaysia spt dibawah:

1. Jumlah penduduk kaum Cina adalah 6.392juta dari 28.33juta (22.56%)
2. Cina Muslim 42,048 (0.65%)
3. Buddhist 5.314j (83.1% pada 2010 dari 75.9% pada 2000)
4. Kristian 0.704juta (11% pada 2010 dari 9.6% pada 2000
5. Cina Tradisi 218,261 (3.4% pada 2010 dari 10.6% pada 2000)

Statistik agama utk kaum India :
1. Jumlah penduduk kaum India 1.9juta (6.7%) dari penduduk Malaysia
2. India Muslim 78,702 (4.1% pada 2010 dari 3.8% pada 2000)
3. India Hindu 1.644juta (84.5% pada 2010 dari 84.5% pada 2000)
4. India Kristian 114,281 (6% pada 2010 dari 7.7% pada 2000)

Petikan: Sumber

2 ulasan:

mazmad berkata...

Daripada 61.3% umat Islam di Malaysia...agak-agak nya berapa % pulak yang benar benar mengamalkan Islam...??

Mohd Fazli bin Abdullah berkata...

Harus direnungkan disini, betapa populasi peduduk Cina meningkat dari 22% tahun 2010 ke 24.6% tahun 2014. Cuma agak hairan bila mereka tetap menuduh populasi mereka makin mengecil.

Sayangnya statistik ini tak menyebut berapa populasi Melayu, secara khusus, hanya dirangkumkan di bawah bumipitra. Jadi kita berteka-teki berapa populasi sebenar bangsa asas di negara ini. Apakah masih 50.4% seperti tahun 2010, atau apakah bertambah?, atau malah mengecil? Kenapa tak dinyatakan.

Kita bimbangi, jika populasi Melayu semakin berkurang, asas Malaysia didirikan dari etnik Melayu akan terus melemah, sebahaimana melemahnya jatidiri Melayu itu sendiri ketika ini.