"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau di Kerala India boleh haramkan arak kenapa Malaysia tidak boleh

MUMBAI - INDIA. Pihak berkuasa di Kerala semalam mengumumkan pengharaman alkohol bagi menangani masalah penyalahgunaannya yang semakin meruncing di bahagian selatan negara itu.

Ketua Menteri Kerala Oommen Chandy berkata, tiada lesen baharu untuk menjual alkohol akan diberikan, manakala lesen di lebih 720 bar dan restoran di negeri itu juga tidak akan diperbaharui.

"Alkohol memberi kesan bahaya sosial yang amat buruk. Kerala perlu bersedia menerima pengharaman ini. Bermula tahun hadapan juga, hanya hotel bertaraf lima bintang sahaja akan diberi lesen menjual minuman itu."katanya dipetik AFP.

Tiada ulasan: