"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR sepakat derhaka titah Sultan: Krisis MB Selangor akan terus tegang?

Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKRAzmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar kepada Azmin hari ini.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.

Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis perpisahan yang dihadiri lebih 200 kakitangan.

Sementara itu, PKR mengadakan mesyuarat petang ini di ibupejabatnya berhubung perkara itu.

-malaysiakini-

-----------------------
Kenyataan Rasmi PKR berhubung MB Selangor
Sebagai menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru, saya menegaskan bahawa KEADILAN berpegang teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.

Oleh yang demikian, calon KEADILAN bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baru tidak berubah iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang.

Sebarang berita kononnya Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim telah bersetuju secara lisan dengan kompromi dan pelbagai berita lain adalah tidak tepat.

Keputusan dan pendirian KEADILAN adalah atas kepercayaan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan. Makanya sebarang berita tidak wajar disebarkan untuk memberi gambaran bahawa KEADILAN berganjak dari keputusan mempertahankan undang-undang tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan ini.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
21 September 2014

------------------
PKR Adakan Mesyuarat Tergempar
PETALING JAYA: Kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergegas ke ibu pejabat parti itu selepas memutuskan perlu diadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mesyuarat Biro Politik parti itu diadakan selepas satu mesyuarat 'biasa' yang dihadiri beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.

Perkara itu dimaklumkan Azmin yang terpaksa berpatah balik selepas kira-kira 40 minit meninggalkan bangunan itu.

Katanya, ia merupakan mesyuarat biro politik yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula pukul 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5 petang yang akan dipengerusikan oleh presiden... ketua umum (akan hadir)... mengenai perkembangan terkini...," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini, Isnin.

Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu menteri besar di Selangor, Azmin berkata: "Ya, ya, ya."

Bagaimanapun beliau menambah: "Saya tidak tahu... ini mesyuarat khas tergempar pukul 5."

Antara yang dilihat memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Terdahulu, Azmin menegaskan bahawa beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pada Isnin, timbul spekulasi mengenai pelantikan Azmin memegang jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah pada pagi Selasa.
-mstar-
22 September 2014

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tukang tulis tajuk ni yg derhaka..x habis2 nk provok ye..