"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Batal pasport: Alvin carutkan Zahid

Penulis blog kontroversi Alvin Tan mengambil peluang melepaskan kemarahannya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mahu membatalkan pasportnya.

Menulis di Facebook, Alvin kelihatan marah-marah dan malah mengeluarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada menteri Umno itu.

"Jangan sekadar ugut, kamu pus**.... Lakukan saja," tulisnya sambil menyifatkan menteri itu sebagai ahli politik paling teruk dalam Umno.

Bernama sebelum ini melaporkan, Kementerian Dalam Negeri akan berusaha bawa balik Tan daripada luar negara untuk dihadapkan ke mahkamah.

Sementara Utusan Online pula melaporkan, pasport Tan yang didakwa menghina Islam dan mencaci sultan Selangor, akan dibatalkan berikutan tindakannya dikatakan boleh menjejaskan hubungan antara kaum.

Zahid dilaporkan sebagai berkata, pembatalan itu mungkin dilakukan esok berdasarkan peruntukan dalam Akta Imigresen.

“Semua harus maklum bahawa hak pemilikan pasport merupakan milik negara, bukannya individu.

“Negara mempunyai kuasa untuk membatalkan dokumen perjalanan tersebut. Kita mungkin membuat tindakan itu secepat mungkin... mungkin
-malaysiakini-


Tiada ulasan: