"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembunuh upahan jelita miliki AK47 merah jambu (Gambar)

Pembunuh upahan jelita miliki AK47 merah jambu
Pembunuh upahan jelita miliki AK47 merah jambu
MEXICO CITY - MEXICO. Berbekalkan wajah jelita, siapa sangka wanita muda yang merupakan ibu kepada tiga anak ini sebenarnya ketua kepada kumpulan pembunuh upahan profesional yang dinamakan Los Antrax yang terkenal di Mexico.

Claudia Ochoa Felix, 27, mempunyai kehidupan glamor yang serba mewah hasil ‘titik peluhnya’ itu.

Gengster wanita yang dikatakan mirip dengan selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian sering diiring oleh sekumpulan lelaki bersenjata bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Felix atau gelarannya ‘The Empress of Antrax’ pernah berkahwin dengan seorang ketua sindiket dadah, Sinaloa atau lebih dikenali sebagai 'El Chavo' Felix dan dikurnia tiga orang anak.

Bagaimanapun pasangan tersebut dilaporkan bercerai beberapa tahun kemudian.

Memetik laporan Mail.Online, khidmat skuad itu sering digunakan oleh kartel dadah paling berpengaruh di negara tersebut.

Penahanan kekasihnya ketua kumpulan Los Antrax, Jose Rodrigo Arechiga Gamboa, 33, oleh pihak berkuasa pada Januari lalu membolehkan Felix mengambil alih kedudukan sebagai ketua, sekali gus menjadikan kumpulan terbabit di bawah naungannya.

Felix sering mendedahkan diri dan kehidupannya sebagai seorang pembunuh upahan menerusi laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

The Empress of Antrax ini turut dikatakan memiliki laras automatik AK47 berwarna merah jambu yang dibuat khas untuknya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: