"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Putrajaya bantu CIA seksa tahanan?

Ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Virginia, Amerika Syarikat. Laporan dikeluarkan Senat mendapati Malaysia antara negara memainkan peranan membantu penahanan rahsia di mana tahanan diseksa. – Gambar Reuters, 10 Disember, 2014.Ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Virginia, Amerika Syarikat. Laporan dikeluarkan Senat mendapati Malaysia antara negara memainkan peranan membantu penahanan rahsia di mana tahanan diseksa. – Gambar Reuters, 10 Disember, 2014.
Putrajaya mesti menjelaskan peranannya seperti didedahkan sebuah laporan Senat Amerika Syarikat memperincikan penyeksaan tahanan oleh CIA, yang mendakwa penglibatan Malaysia dalam membantu agensi perisikan itu, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Meskipun usaha memerangi keganasan sangat penting dan menjadi keutamaan, Malaysia tidak patut mengkompromi integriti moral dengan cara ini," kata ketua Pemuda PKR itu hari ini.

Laporan itu antara lain menyenaraikan Malaysia sebagai negara sekutu dalam perang AS melawan keganasan, di mana Malaysia menyediakan pusat tahanan rahsia yang menggunakan penyeksaan ke atas tahanan.
Nik Nazmi (gambar) berkata seawal Februari tahun lalu, pertubuhan Open Society Justice Initiative mengeluarkan laporannya bertajuk “Globalising Torture: CIA Secret Detention and Extraordinary Rendition”, mendedahkan peranan Malaysia dalam dua kes membantu CIA.

"Apa yang dilihat ialah – berbeza dengan dakwaan Tun Dr Mahathir (Mohamad) – Malaysia tidak ada masalah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam hal ini," kata Nik Nazmi, merujuk bekas perdana menteri yang lantang bersuara mengkritik polisi Washington.

Laporan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dihasilkan itu mencatatkan sejarah program CIA tentang  "Rendition, Tahanan dan Soal Siasat", yang diberi kuasa oleh Presiden George Bush selepas serangan 11 September, 2001.

Selepas dilantik pada 2009, pengganti Bush, Barack Obama mengharamkan apa yang dipanggil "teknik soal siasat yang diperkemaskan," yang dikecam pengkritik sebagai penyeksaan. – 10 Disember, 2014

Tiada ulasan: