"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dapatkah Najib jernihkan isu derma RM2.6b dengan Saudi?

SUBKY LATIF
KUNJUNGAN kerja dan umrah PM Najib ke Saudi tentulah memberi banyak faedah kepada kedua negara. Itulah yang lazim apabila ketua kerajaan keluar negara.
Di samping itu dapat mengerjakan umrah. Orang berumrah mengabdikan diri kepada Allah, membuat pahala dan menghapuskan dosa.

Tapi yang orang banyak perhatikan atas ke Saudinya kali ini ialah tentang kecoh derma RM2.6 bilion yang dikatakan daripada keluarga istana Saudi. Isu ini amat menggegarkan politik Malaysia dan Saudi sudah disabitkan, betul atau tidak duit yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib itu dari Saudi atau dari sumber lain.

Najib adalah PM yang amat dipertikai dalam negara sekarang dan nasibnya tidak menentu. Masa depannya bergantung kepada keupayaannya memperbodohkan rakyat dan orang Umno. Hitler, Suharto, Ghadafi, Husni Mubarak semuanya tidak selamat atas modal memperbodohkan orang.

Maka tidaklah selesa bagi keluarga diraja Saudi bermuamalat dengan watak politik seperti ini baik atas kapasiti peribadi atau justeru negara. Apabila Najib ke sana sepatutnya isu ini dijernihkan.

Jika betul dari kantung Saudi, tentu Saudi terganggu ia terlibat dengan orang politik luar yang boleh dikira campur tangan atas urusan politik Malaysia. Jika dibuat demikian negara dan negara, mengapa masuk akaun peribadi orang? Tentulah ia seperti membodohkan istana Saudi. Saudi tentulah berminat supaya dibersihkan namanya.

Dan derma iu dikatakan sudah dipulangkan. Apa ceritanya dan adakah sudah selesai?

Tetapi pembabitan Saudi iu sudah kabur. World Street Journal yamg membongkar penerimaan duit sebanyak itu bertegas lagi ia bukan daripada Saudi tetapi daripada 1MDB yang juga bermasalah besar. Moral daripada pendedahan WSJ itu menggambarkan Saudi dijadikan kambing hitam.

Jika Saudi diheret sedang ia tidak tahu menahu, maka inilah yang saudi hendak tahu sangat mengapa ia dijadi buah catur?

Adakah Najib pergi bagi membisikkan hal ini kepada Raja Saudi supaya dia boleh membersihkan pembabitan Saudi itu bukan palsu. Dan Raja Saudi tentunya bertanya mengapa Saudi boleh diheret jika ia bukan dari Saudi? Jika duit dari Saudi mengapa pula dipulangkan selepas dimasukkan ke akaunnya?

Penjelasan atas ini tidak dijelaskan hasil daripada kunjungan ke saudi itu. Adakah sudah selesai? Adakah Najib minta maaf? Dan adakah Raja Saudi bertanya hal itu? Adakah Saudi puas hati atas segala penjelasan?

Saudi sekarang tidak oleh boleh menyelesaikan isu itu secara sesama persaudaraan Islam. WSJ mengatakan ia bukan duit Saudi tetapi duit dari syarikat Malaysia sendiri.

Untuk mengata WSJ karut dan khianat tidak semudah itu. Pertama ia yang mendedahkan RM2.6 bilion masuk ke kantung bank Najib. Ia dibuktikan betul. Najib mengaku pernah duit itu masuk ke banknya.

Cara mana Najib hendak mengelak dan ke mana ia hendak ditutup adalah masalahnya, tetapi WSJ sudah buat pembongkaran yang tepat. Sekarang ia tegaskan lagi Najib tidak terima dari Saudi.

WSJ tidak beri bukti kerana mungkin ia tunggu Najib saman. Jika Najib sedia, maka WSJ akan jawab di mahkamah. Raja saudi tidak boleh diam. Mereka mesti jelaskan kerana kata Muhyiddin Yassin, mantan Peguam Negara memberitahunya kes najib itu membabitkan jenayah.

Raja Saudi tidak wajar bersubahat dengan kemungkinan jenayah saudara seislam dari Malaysia.

Kunjungan ke Saudi Najib tidak menjelaskan isu ini. Umrah tidak boleh melenyapkannya.

Tiada ulasan: