"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia

Adam Abu Bakar 
Abdul-Kadir-Sheikh-Fadzir-hudud-ikatan-pasKUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.

“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.

“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi.
-fmt-

Tiada ulasan: