"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Alhamdulillah Rakyat Turki Berjaya Patahkan Rampasan Oleh Tentera (Gambar&video)


Alhamdulillah.... Dunia hari ini menyaksikan satu lagi perancangan politik kotor dalam cubaan rampasan kuasa terhadap kerajaan Turki pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang dipilih secara demokratik.

Cubaan ini dibuat ketika Erdogan dilaporkan sedang bercuti dipinggir bandar negara itu.

Bemula petang Jumaat waktu tempatan, sekumpulan kecil tentera cuba melakukan aksi kudeta dengan menguasai beberapa jalan perhubungan, lapangan terbang dan stesen televisyen.

Mereka menutup Jambatan Bosphorus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet dengan mengarahkan semua kenderaan berpatah balik.

Tembakan kedengaran di Ankara dengan jet dan helekopter tentera terbang rendah di ruang udara Istanbul menggambarkan negara dalam penguasaan mereka.

Perdana Menteri Turki Binali Yildirim dalam kenyataannya mendakwa segelintir tentera Turki cuba mengguling kerajaan. Beliau berkata pasukan keselamatan dalaman telah diarahkan untuk melakukan apa yang perlu.

Menjelang malam, kumpulan tentera rampasan kuasa mengeluarkan satu kenyataan disiarkan stesen TV Turki bahawa mereka telah berjaya melakukan rampasan kuasa. Mereka bahawa perlembagaan baru akan disediakan dan negara sedang dikendalikan oleh ‘majlis keamanan’, di mana undang-undang tentera dikenakan, perintah berkurung di seluruh negara.

Sumber Presiden bagaimanapun menafikannya dan mendakwa kenyataan tentera dikeluarkan secara paksa selepas mereka merampas stesen penyiar negeri TRT di Ankara dan tanpa kuasa dan perintah ketenteraan.

Perdana Menteri Turki berkata di Twitter pihaknya akan berusaha sedaya upaya menggagalkan usaha rampasan sekalipun terpaksa menggadai nyawa.

Erdogan dalam satu panggilan video kemudiannya menggesa orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah rampasan kuasa. Beliau juga menggesa azan dilaungkan di seluruh masjid di negara itu. Beliau kemudian bergegas pulang ke Istanbul.

Saksi mendakwa melihat helikopter tentera melepaskan tembakan di Ankara. Pertempuran berlaku di ibu pejabat pasukan khas dengan 17 anggota polis khas terkorban. Kereta kebal juga mengelilingi bangunan parlimen Turki, melepaskan tembakan.

Pemimpin tertinggi tentera Umit Dundar menyatakan bahawa tentera tidak menyokong kudeta. Penafian serupa dinyatakan Angkatan Laut Turki bahawa mereka juga menolak kudeta itu.

Seruan Erdogan disambut majoriti rakyat dengan keluar beramai-ramai sekaligus mengusir tentera yang cuba melakukan kudeta. Foto-foto menyaksikan tentera rampasan kuasa dihalau keluar manakala aset tentera mereka dirampas oleh rakyat.

Beberapa orang tentera juga ditangkap oleh polis khas Istanbul dengan bantuan rakyat. Kereta-kereta kebal dikeluarkan daripada kawasan bergolak dengan senjata di tangan tentera dirampas.

Gelombang kebangkitan rakyat semakin membesar. Semua lokasi yang pada awalnya dikuasai pasukan tentera rampasan kuasa digempur oleh rakyat.

Menjelang pagi, pasukan tentera kudeta semakin lumpuh. Kebanyakan kawasan berjaya diamankan dengan bantuan penduduk.

Rakyat mengadakan himpunan di Taksim bagi merayakan kegagalan kudeta.

Kenyataan rasmi pejabat perdana menteri mengesahkan 41 orang terkorban dalam insiden cubaan mengguling kerajaan Turki hari ini sementara 130 tentera rampasan kuasa ditahan.

Insiden hari ini meyaksikan seluruh rakyat Turki termasuk kumpulan pembangkang bersatu menolak rampasan kuasa.

Pihak polis khas Turki turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menjadi tulang belakang membatu mereka mematahkan cubaan rampasan kuasa hari ini.












Tiada ulasan: