"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua ‘Geng Rames’ ditangkap

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menangkap ketua sebuah kumpulan jenayah terancang semasa dalam penerbangan dari Thailand ke India.

Bukit Aman memaklumkan suspek ditangkap pada 22 Mei lalu semasa dalam penerbangan dari Bangkok ke Hyderabad, dengan kerjasama pihak berkuasa Thailand dan India.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, M Kumar, berkata tangkapan dibuat terhadap suspek kerana menjadi ahli suatu kumpulan jenayah terancang.

“Suspek merupakan ketua kumpulan jenayah terancang Geng Rames yang bergerak aktif di kawasan Sungai Division, Sungai Petani, Kedah,” menurut kenyataan.

Kes disiasat bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan (KK), yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Suspek turut disiasat bawah Seksyen 302 KK iaitu kesalahan membunuh, dalam dua kejadian berasingan di kawasan Padang Serai dan Bedong sekitar Februari dan Ogos 2024.

Suspek ditahan reman sehingga 29 Mei.

Tiada ulasan: