"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rantau jadi medan 'bakal-bakal PM'

PRK RANTAU | Menjelang hari mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, Dr Mahathir Mohamad menaiki helikopter ke kawasan itu bagi meyakinkan pengundi agar mengundi Pakatan Harapan (PH).

Awal bulan ini, parti pimpinan Mahathir, Bersatu gagal mengekalkan kerusi DUN Semenyih dalam satu lagi pilihan raya kecil.

Pada masa ini, semua mata tertumpu terhadap sosok yang dikatakan bakal menggantikan Mahathir, Anwar Ibrahim sama ada mampu memenangkan PH pada PRK DUN Rantau yang dijadual pada 13 April ini.

DUN Rantau di Negeri Sembilan berada di kawasan Parlimen Rembau, bersebelahan dengan kawasan Port Dickson yang diwakili Anwar.

Pilihan raya itu diadakan di tengah-tengah spekulasi terbaru mengenai kebimbangan Anwar terhadap tempoh peralihan kuasa yang dijanjikan Mahathir.

Berkongsi pandangan mengenai PRK itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor, berkata Anwar akan mengetuai kempen PH secara tidak rasmi selaku anggota parlimen Port Dickson.

"Kemenangan akan menaikkan semangat PH dan kredibiliti Anwar sebagai perdana menteri akan datang," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Dalam kenyataan yang sama, pensyarah itu berkata PRK Rantau juga penting bagi Mohamad Hasan selepas Umno dan BN memenangi dua pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mohamad mempunyai peluang paling cerah untuk dicalonkan sebagai perdana menteri oleh pakatan BN dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kemenangan di Rantau adalah penting untuk pembangkang," katanya menambah kekalahan parti itu akan memberi kesan kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain Mohamad, beliau berkata BN kurang memiliki kepimpinan berkualiti dan berkarisma untuk mengekalkan hubungan antara ketiga- tiga parti dalam gabungan itu.

"BN, terutamanya Mohamad, akan berusaha keras untuk memenangi Rantau," katanya.

Meskipun di atas kertas kedua-dua gabungan memiliki peluang yang sama, beliau percaya pencalonan Mohamad memberikan kelebihan buat pembangkang.

Mohamad, bekas menteri besar Negeri Sembilan, mula memenangi kerusi DUN Rantau pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum lalu, beliau memenangi kerusi itu tanpa bertanding selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang Streram, yang juga satu-satunya pencabar beliau daripada mengemukakan kertas pencalonan.

Streram kemudian memfailkan petisyen pilihan raya yang membawa kepada perintah mahkamah supaya pilihan raya diadakan semula di kerusi itu.
-malaysiakini

Tiada ulasan: