"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haru-biru betul bawah kerajaan Pelawak Nasional ni, sekejap suruh pakai lepas tu tak payah pula

Noor Hisham: Tak perlu pakai penutup mulut jika tiada simptom
Geraldine Tong


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut kecuali mempunyai simptom Covid-19 seperti selesema atau batuk.

"Saya ingin memberi penekanan di sini sekali lagi, penutup mulut dan hidung adalah untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan ketika mereka berhadapan dengan pesakit.

"Di khalayak ramai, anda tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut melainkan jika anda mempunyai simptom hidung berair atau batuk, jadi tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut, kecuali terdapat petunjuk untuk memakainya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang bertanya mengenai pengguna media sosial yang mengadu dilarang masuk kedai runcit dan pasar raya kerana tidak memakai penutup mulut dan hidung.

Sementara itu, Noor Hisham juga mendedahkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah enam lagi hospital untuk dijadikan hospital "hibrid" bagi merawat Covid-19 dan kes kecemasan lain.

KKM juga cuba melibatkan dua lagi hospital universiti dan hospital tentera, katanya.

Selain itu, kementerian juga sedang dalam proses memperoleh 450 ventilator baru hari ini - 100 dari vendor tempatan dan 350 lagi dari China.

Semalam, beliau berkata KKM telah mengenal pasti 26 hospital khusus bagi merawat Covid-19.

Beliau juga berkata semalam bahawa mereka telah menyediakan 925 ventilator untuk pesakit Covid-19 tetapi masih memerlukan sebanyak 500 lagi.

Noor Hisham hari ini turut memaklumkan bahawa KKM juga telah bekerjasama dengan hospital swasta untuk melihat kemungkinan sama ada beberapa kes bukan Covid-19 dirujuk ke hospital swasta.

Selain itu, beberapa NGO telah tampil menyumbang kepada kumpulan pakar, seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Ahli-ahli Anaestesi Malaysia.

Noor Hisham turut juga mendedahkan bahawa pada masa ini, kementerian itu mempunyai 18 makmal dan selain lima fasiliti swasta yang boleh menjalankan 3,500 ujian saringan untuk Covid-19 dalam sehari.

"Minggu depan, kita boleh melakukan 7,000 ujian setiap hari. Pada bulan April, kami menjangkakan dapat melakukan 16,000 ujian setiap hari," katanya, sambil menambah bahawa mereka merancang melatih beberapa makmal lain untuk menjalankan ujian itu.

Noor Hisham menjelaskan bahawa terdapat lima peringkat pesakit yang datang ke hospital, di mana tahap satu adalah positif untuk Covid-19 tetapi tidak menunjukkan gejala, manakala peringkat kedua adalah positif dan mengalami gejala ringan.

Pesakit dari kedua-dua peringkat ini tidak akan dimasukkan ke hospital tetapi sebaliknya akan diletakkan di kawasan kementerian yang telah ditukar menjadi pusat kuarantin.

Pesakit peringkat 3 adalah bagi yang mempunyai radang paru-paru, sementara peringkat 4 bagi yang mempunyai radang paru-paru dan memerlukan oksigen.

Peringkat 5 adalah bagi pesakit yang mempunyai radang paru-paru dan memerlukan tiub dan batuan alat pernafasan.

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan dua kematian baru akibat jangkitan Covid-19, membawa jumlah kematian di Malaysia kepada 10 orang.

Terdapat 123 kes positif baru Covid-19 sehingga pukul 12 tengah hari tadi, yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,306 kes.

Tiada ulasan: