"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanah runtuh, 2 dipercayai tertimbus di Gunung Jerai

Bernama

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, berdasarkan maklumat awal 2 mangsa dipercayai tertimbus pada kedalaman 40 kaki di kaki Gunung Jerai, Gurun dalam kejadian tanah runtuh petang tadi. (Gambar Facebook)
ALOR SETAR: Dua dikhuatiri tertimbus sedalam kira-kira 12 meter, dalam kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Jerai di Gurun, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.28 petang yang memaklumkan mengenai kejadian itu, sebelum tiba di lokasi 2 minit kemudian.

“Menurut maklumat awal yang diterima, dipercayai terdapat 2 mangsa yang berkemungkinan tertimbus pada kedalaman 40 kaki (12 meter).

“Mangsa yang terlibat dipercayai sedang melakukan aktiviti penggalian di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tempat kejadian merupakan kawasan tapak projek perumahan.

“Usaha pencarian sedang dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak,” katanya.

Tiada ulasan: