"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagaimana pelitup muka buatan Israel boleh dijual di Malaysia?

MALAYSIA DATELINE

Sebuah premis di Digital Mall di Seksyen 14, Petaling Jaya di Selangor didapati menjual pelitup muka tiga lapis buatan Israel.

Sumber memberitahu Malaysia Dateline, produk dengan bungkusan tertera bahasa Hebrew di bahagian atas dan bahasa Inggeris di bawah itu dijual dengan harga RM49 sekotak.

“Saya cakap nak beli (pelitup muka) untuk eksport. Dia (peniaga) jawab dia pembekal, shipping dari China makan masa paling lama enam hari,” kata sumber itu.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel lantaran

Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel sekali gus tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara haram yang ditubuhkan Yahudi-Zionis pada 14 Mei 1948 itu.

Jabatan Imigresen Malaysia juga menetapkan Israel haram dilawati oleh rakyat negara ini.

Ekoran Perang Enam Hari pada 1967, Israel kemudiannya merampas dan menduduki sektor penduduk Arab di Baitulmaqdis.

Tempoh tujuh dekad ketidaktentuan diplomatik mengenai Baitulmaqdis dilihat bertambah kritikal apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel pada akhir tahun 2017.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada awal tahun ini dilapor mendedahkan terdapat 750,000 peneroka haram Israel dan lebih separuh darinya di Tebing Barat.

Sementara itu, dalam usaha mengekang gelombang penularan Covid-19 di negara ini, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum mulai 1 Ogos ini.

Langkah itu ekoran pertambahan kluster jangkitan Covid-19 baharu yang dikenal pasti.

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Tiada ulasan: