"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seks ubat untuk terencat akal

Hong Kong: Seorang lelaki dihukum penjara 12 tahun selepas menipu seorang wanita bahawa melakukan hubungan seks dengannya akan membantu menyembuhkan anaknya yang terencat akal.

Mahkamah Tinggi juga diberitahu, Yeung Shingsang meletakkan dadah dalam kopi untuk mangsa dan kemudian menderanya secara seksual selama 10 jam.

Hakim Maggie Poon Mankay menyifatkan Yeung , 39, mengambil kesempatan atas kelemahan mangsa sebagai seorang ibu.

Mangsa berasa takut

Poon berkata, sejak pengalaman pahit itu, mangsa merasa takut, gelisah dan malu. Belum dapat dipastikan sama ada dia akan pulih daripada perkara itu.

Hakim itu juga berkata, pihak mahkamah tidak dapat mencari sebab mengapa ia perlu mengurangkan hukuman yang telah ditetapkan 12 tahun.

Mangsa sebelum ini memberi keterangan bahawa dia menjadi lemah dan tidak bermaya selepas minum kopi bercampur dadah itu dan tidak dapat menahan serangan seksual ke atasnya.

Mahkamah diberitahu, Yeung mengenali kakak mangsa melalui portal mesej segera di tanah besar portal, QQ , pada bulan Jun lalu dan mereka kemudian menjalin hubungan.

Pada 28 Jun lalu, Yeung meminta beliau untuk membawa kakak 38 tahun itu – seorang ibu tunggal yang bekerja di sebuah rumah urut – untuk ke rumahnya di Kwun Tong di mana beliau tinggal bersama anak perempuannya yang berusia empat tahun.
-Agensi-

(Gambar) Tangan putus tepi jalan jadi perhatian

Foto metro.co.uk(
NOTTINGHAM: Gurauan seorang jurusolek artis amatur ternyata menjadi apabila‘tangan putus’ yang direka dan ditinggalkan di tepi jalan jadi tumpuan ramai.

Polis juga terpaksa dipanggil bagi menyiasat kewujudan tangan manusia yang putus itu.

Paul Plumber, 34, mencipta tangan palsu yang sudah putus dan dalam keadaan ngeri di tepi jalan dan meninggalkannya untuk dijadikan bahan tontonan kepada sesiapa yang lalu di kawasan itu.

Gurauan itu ternyata tidak menjadi apabila salah seorang orang awam yang lalu di kawasan itu menghubungi polis kerana mempercayai tangan palsu itu merupakan tangan manusia yang betul.

Plumber terpaksa mengakui kepada polis beliau hanya cuba bergurau kepada orang yang lalu-lalang di tepi jalan di tepi jalan Hyson Green.

“Kami hanya memberi nasihat kepada Plummer berhubung tindakan gurauannya yang tidak kena pada tempat itu,” kata salah seorang pegawai polis Nottingham.

AWAS!!! Jangan Menahan Air Kencing

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
"Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing," kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

"Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip," ujarnya
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

"Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif," katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

"Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk," kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Sumber : link