"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Lagi peserta RXZ Members maut di LPT 2

NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Keadaan mayat Arissa Shazzira yang maut di KM 346, LPT 2 berhampiran Bukit Besi, Dungun hari ini.
DUNGUN – Mangsa nahas maut melibatkan peserta RXZ Members di Terengganu terus meningkat kepada tiga orang dengan seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta terkorban di Kilometer (KM) 356, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Bukit Besi, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 5 petang itu, mangsa, Arissa Shazzira Zainudin, 21, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, sewaktu kejadian, Arissa Shazzira dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuantan, Pahang selepas menghadiri program RXZ Members 8.0.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y125ZR yang ditunggangi mangsa dikatakan merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pikap, Mitsubihi Triton.

“Kenderaan itu dikatakan sedang berhenti di lorong kecemasan untuk berehat,” katanya di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, impak rempuhan tersebut menyebabkan Arissa Shazzira tercampak ke tengah jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat pelajar perempuan itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tok Jalal berputih mata, percaturan tenang Istana angkat Ismail Lasim jadi MB

Harapandaily
AZLAN ZAINAL

Semalam, BN dengan kerjasama PN menang bergaya dalam PRN Negeri Sembilan.

Pagi ini pula, seluruh rakyat Negeri menerima Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Yang mencuri perhatian tindakan Tuanku berkenan memasyhurkan Datuk Ismail Lasim, politikus senior Umno sebagai MB.

Pemilihan beliau dikhabarkan berbeza dengan tiga nama yang dipersembahkan kepada Tuanku malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias atau Tok Jalal merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan tetap berputih mata.

Usaha menggerakkan 14 ADUN BN menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan sebelum ini termasuk dakwaan melibatkan sokongan dalaman bersama Undang Yang Empat bagi mencetuskan perubahan di peringkat Yamtuan, akhirnya tidak menjadi.

Pelantikan Ismail ini turut membawa makna simbolik. Sudah lama MB tidak berasal dari Tanah Luak Mengandung. Terakhir Almarhum Dato’ Dr Mansor Othman dari Seri Menanti yang menjawat jawatan MB bermula 1969 hingga 1978.

Pada PRN kali ini Ismail Lasim bertanding di DUN Juasseh yang merupakan sebahagian Ulu Muar yang berada dalam Tanah Luak Mengandung.

Sehari sebelum pembuangan undi, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan bersidang dan telah memuktamadkan beberapa perkara besar.

Penzahiran dua Undang baharu iaitu Sungei Ujong dan Rembau manakala pemakluman pemecatan Undang Jelebu.

Perjalanan DKU tiada terikat kepada korum, tetapi lebih merujuk kepada ‘local standi’, iaitu hanya menerima keputusan muktamad di Luak dan memaklumkan untuk diwartakan.

Di tengah kemelut negeri, istiadat sumpah taat setia Menteri Besar baharu kepada Yang di-Pertuan Besar bersama DKU seolah-olah menjadi titik penamat kepada krisis yang berlarutan ini.

Ismail Lasim hanya menadah buah yang gugur tanpa perlu menggaitnya. Umno dan BN seolah-olah tidak punya pilihan melainkan menerima.

Yang paling menyerlah ialah kebijaksanaan Istana dan kesabaran Tuanku Muhriz. Percaturan yang diatur dengan tenang akhirnya membuahkan hasil, manakala pihak yang lantang mencabar kini diam seribu bahasa.

Politik elit ini luar biasa, jadi tiada pelik institusi ini boleh bertahan ratusan tahun lamanya.

Maka benarlah kata “Akan berkati sekalian yang setia, musuhnya habis binasa!”

Apapun, tahniah buat Dato’ Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar – Alumni Universiti Malaya.

Lima maut, 41 hilang insiden feri terbakar di perairan Madura


Agensi
Feri KMP Mutiara Sentosa 2 yang membawa sekurang-kurangnya 250 penumpang dan kru itu sedang belayar dari Surabaya, Jawa Timur menuju Makassar, Sulawesi Selatan ketika kebakaran berlaku. -Foto Reuters
SUMENEP: Lima individu disahkan maut manakala 41 lagi masih hilang selepas sebuah feri penumpang terbakar di perairan berhampiran Pulau Madura, Indonesia pada Ahad, lapor BBC.

Menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), feri KMP Mutiara Sentosa 2 yang membawa sekurang-kurangnya 250 penumpang dan kru itu sedang belayar dari Surabaya, Jawa Timur menuju Makassar, Sulawesi Selatan ketika kebakaran berlaku.

Basarnas berkata Pejabat SAR Surabaya menerima laporan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.24 pagi waktu tempatan, manakala maklumat daripada syarikat perkapalan memaklumkan insiden itu dipercayai berlaku antara jam 6 pagi hingga 7 pagi.

Menurut agensi itu, feri berkenaan hampir keseluruhannya dijilat api ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Penumpang dilaporkan berlindung di bahagian anjungan dan haluan kapal sementara menunggu bantuan.

Rakaman video yang disiarkan media tempatan menunjukkan kepulan asap tebal serta kebakaran di bahagian atas feri, manakala sebahagian penumpang memakai jaket keselamatan dan dipindahkan menggunakan bot penyelamat.

Beberapa rakaman lain turut menunjukkan penumpang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sebelum dibantu pasukan penyelamat yang berada di lokasi.

Pihak berkuasa Indonesia meneruskan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa yang masih hilang, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Dua anggota polis maut diserang penyeludup dadah di Tak Bai

KOSMO!
Tiga suspek disyaki anggota sindiket penyeludup dadah dicekup selepas kejadian dua anggota polis ditembak di Tak Bai, Thailand hari ini
NARATHIWAT, THAILAND – Dua anggota polis maut manakala empat lagi parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota sindiket penyeludupan dadah di kebun sawit dekat Ban Bueng Chalam, Mukim Phrai Wan di Tak Bai hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.48 pagi itu, anggota yang maut itu dikenali sebagai Sarjan Mejar Amran Ha dan Koperal Witthaya Chai Phromkaew manakaka empat yang parah ialah Sarjan Mejar Traithos Kulsanthawashiri, Koperal Wannuchit Sae Kho, Leftenan Kittipong Srikhum dan Koperal Polis Phannakit Sri Nakitja.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, serbuan dilakukan selepas suspek menembak ke arah pegawai dan anggota polis mengakibatkan dua anggota terbunuh di tempat kejadian.

“Maklumat awal menunjukkan suspek bersembunyi di kawasan hutan kira-kira 1.7 kilometer dari tempat kejadian, namun tiga daripadanya menyerah diri kepada polis.

“Dua suspek yang melepaskan tembakan itu sempat melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sambil membawa senjata api,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu memberitahu, seramai 54 anggota, termasuk ketua kampung, pengawal keselamatan kampung dan Sukarelawan Pertahanan Wilayah dikerahkan menubuhkan pusat pemeriksaan.

Katanya, selain itu, rondaan di tujuh zon meliputi kawasan mukim Phrai Wan dan Salamai turut dijalankan.

“Tindakan itu dilakukan untuk memintas laluan melarikan diri, memeriksa individu dan kenderaan yang mencurigakan. Pasukan keselamatan juga menutup laluan di kawasan itu bagi mengelak suspek melarikan diri ke Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Remaja perempuan 13 tahun antara tujuh ditahan samun guna pisau

Bernama

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun antara tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes samun menggunakan pisau di sebuah unit kediaman di Jalan Ampang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Annas Sulaiman berkata selain remaja itu, enam individu lain terdiri daripada lima lelaki berusia 22 hingga 38 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, ditahan di kawasan tempat letak kereta di Jalan Metro Pudu di Kuala Lumpur, 3 pagi semalam.

Beliau berkata penahanan itu susulan laporan daripada seorang lelaki berusia 21 tahun yang mendakwa disamun empat lelaki tidak dikenali menggunakan pisau semasa berada di kediaman berkenaan.

“Kesemua tujuh individu itu kini direman bagi siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annas meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju melalui talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis buru suspek terbabit kes gaduh termasuk seorang pelajar Tingkatan 4

Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis sedang memburu suspek yang disyaki terbabit dalam satu pergaduhan termasuk seorang pelajar sekolah di tempat awam di daerah Klang Selatan, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, ini susulan satu rakaman video tular yang dimuat naik dalam aplikasi Facebook yang memaparkan aksi dua individu sedang bergaduh sambil ditonton oleh sekumpulan lelaki.

"Siasatan pihak polis mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.20 petang di kawasan parkir Kompleks Sukan Pandamaran, pada Jumaat lalu.

"Siasatan mendapati, salah seorang individu adalah seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, manakala seorang lagi lelaki masih belum dikenalpasti.
 
"Punca kejadian terbabit masih dalam siasatan dan pihak polis sedang mengesan semua individu yang terbabit dalam pergaduhan itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jit Huey berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibh Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh gempar yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai (6) bulan atau denda yang boleh sampai RM 1 ribu atau kedua-duanya

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan. Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohammad Baaz Mohd Zohari di talian 016-4117885, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222, atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

BN tawan 18 DUN, 2 pemimpin utama PH tumbang

FMT Reporters

Kerjasama BN-PN menguasai 25 daripada 36 kerusi DUN, sekali gus melepasi majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.

Barisan Nasional (BN) menang 18 DUN manakala Perikatan Nasional (PN) tawan tujuh kerusi menerusi kerjasama pada PRN Negeri Sembilan.
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) secara rasmi memenangi 18 kerusi pada PRN Negeri Sembilan, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) tujuh.

Keputusan itu menyaksikan kerjasama BN-PN menguasai 25 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN, melepasi ambang 24 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

BN muncul parti terbesar dengan mempertahankan kesemua 14 kerusi yang dimenanginya pada PRN 2023, selain merampas Chennah, Pilah dan Repah daripada PH serta Labu daripada PN.

Antara kejutan terbesar ialah kekalahan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di Chennah selepas tiga penggal apabila beliau memperoleh 5,038 undi, tewas kepada calon BN Siow Kong Choon yang meraih 5,726 undi.

Siow menang dengan majoriti 688 undi, berbanding kemenangan Loke dengan majoriti 2,200 undi pada PRN 2023.

Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun turut tewas di Linggi selepas berpindah dari Sikamat. Beliau memperoleh 6,163 undi berbanding calon BN Faizal Ramli yang meraih 9,139 undi, sekali gus menang dengan majoriti 2,976 undi.

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan pula mempertahankan DUN Rantau dengan majoriti 12,018 manakala Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias menang Pertang dengan majoriti 3,719 undi.

Selain Chennah, Linggi, Rantau dan Pertang, BN turut menang Sungai Lui, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Juasseh dan Seri Menanti.

Senaling, Pilah, Johol, Labu, Chembong, Rantau, Kota, Linggi, Gemencheh dan Repah.

PH pula menang Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Chuah, Lukut dan Sri Tanjung.

Tujuh kerusi ditawan PN adalah Klawang, Serting, Sikamat, Ampangan, Paroi, Bagan Pinang dan Gemas

Bersatu pula kalah di semua 24 kerusi ditandingi.

Keputusan lengkap PRN Negeri Sembilan ke-16

Harapandaily

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi menerusi DAP (sembilan) dan PKR (dua) manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) gagal memenangi sebarang kerusi.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi dengan Umno memenangi semua 16 kerusi yang ditandingi diikuti MCA dengan dua kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh tujuh kerusi DUN menerusi Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) masing-masing menang empat dan tiga kerusi.

Berikut keputusan rasmi PRN ke-16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan:

N01 Chennah (14,422 pengundi)
  1. Siow Kong Choon (BN-MCA) – 5,726
  2. Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP) – 5,038
Menang: Siow Kong Choon (BN-MCA) – Majoriti: 688
2023: Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP) – Majoriti: 2,200

N02 Pertang (12,873 pengundi)
  1. Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO) – 6,312
  2. Mohd Umry Abdul Khois (PH-PKR) – 2,593
  3. Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (Bersatu) – 367
Menang: Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO) – Majoriti: 3,719
2023: Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO) – Majoriti: 2,790

N03 Sungai Lui (19,684 pengundi)
  1. Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO) – 11,273
  2. Nazrul Hisham Abdul Mansor (Bersatu) – 317
  3. Zainal Fikri Abd Kadir (PH-PKR) – 2,807
Menang: Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO) – Majoriti: 8,466
2023: Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO) – Majoriti: 535

N04 Klawang (13,355 pengundi)
  1. Muhammad Adib Musa (Bersatu) – 549
  2. Danni Rais (PN-Wawasan) – 5,310
  3. Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah) – 3,993
Menang: Danni Rais (PN-Wawasan) – Majoriti: 1,317
2023: Datuk Bakri Sawir (PH-AMANAH) – Majoriti: 577

N05 Serting (30,599 pengundi)
  1. Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-Pas) – 16,608
  2. Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Bersatu) – 736
  3. Yaacob Mahmood (PH-AMANAH) – 4,493
Menang: Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-Pas) – Majoriti: 12,115
2023: Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-Pas) – Majoriti: 843

N06 Palong (23,555 pengundi)
  1. Datuk Mustapha Nagoor (BN-Umno) – 15,197
  2. Muhammad Zahin Zinal Abidin (PH-PKR) – 1,495
  3. Rebin Birham (Bersatu) – 590
Menang: Datuk Mustapha Nagoor (BN-Umno) – Majoriti: 13,702
2023: Mustapha Nagoor (BN-Umno) – Majoriti: 564

N07 Jeram Padang (16,590 pengundi)
  1. Sri Sanjeevan Ramakrishnan (Bersatu) – 2,191
  2. G. Manivannan (PH-PKR) – 2,372
  3. Dayana Dal (ASLI) – 179
  4. Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-Umno) – 6,854
Menang: Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-Umno) – Majoriti: 4,482
2023: Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-Umno) – Majoriti: 693

N08 Bahau (25,972 pengundi)
  1. Teo Kok Seong (PH-DAP) – 9,995
  2. Chong Fui Ming (BN-MCA) – 6,688
Menang: Teo Kok Seong (PH-DAP) – Majoriti: 3,307
2023: Teo Kok Seong (PH-DAP) – Majoriti: 8,408

N09 Lenggeng (28,880 pengundi)
  1. Zarinna Abu Zarin (PH-AMANAH) – 5,966
  2. Datuk Mohd Asna Amin (BN-Umno) – 15,960
  3. Zool Amali Hussin (Bersatu) – 349
Menang: Datuk Mohd Asna Amin (BN-Umno) – Majoriti: 9,994
2023: Mohd Asna Amin (BN-Umno) – Majoriti: 685

N10 Nilai (45,911 pengundi)
  1. Zamani Ibrahim (Berjasa) – 5,844
  2. J. Arul Kumar (PH-DAP) – 15,797
  3. Omar Mohd Isa (Bebas/IND) – 167
  4. Lai Chien Kong (BN-MCA) – 9,860
  5. Datuk V. Saravana Kumar (Bersatu) – 718
Menang: J. Arul Kumar (PH-DAP) – Majoriti: 5,937
2023: J. Arul Kumar (PH-DAP) – Majoriti: 10,889

N11 Lobak (23,079 pengundi)
  1. Dr P. Kumar (PN-Pas) – 2,011
  2. Chew Seh Yong (PH-DAP) – 13,064
Menang: Chew Seh Yong (PH-DAP) – Majoriti: 11,053
2023: Chew Seh Yong (PH-DAP) – Majoriti: 13,504

N12 Temiang (12,947 pengundi)
  1. Ho Weng Wah (PH-DAP) – 5,249
  2. Leaw Kok Chan (BN-MCA) – 3,366
  3. Fazly Hamid (Bersatu) – 514
Menang: Ho Weng Wah (PH-DAP) – Majoriti: 1,883
2023: Ng Chin Tsai (PH-DAP) – Majoriti: 3,068

N13 Sikamat (34,103 pengundi)
  1. Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu) – 548
  2. Datuk Razali Abu Samah (PN-Wawasan) – 15,052
  3. Nor Azman Mohamad (PH-PKR) – 10,639
Menang: Datuk Razali Abu Samah (PN-Wawasan) – Majoriti: 4,413
2023: Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-PKR) – Majoriti: 2,662

N14 Ampangan (21,336 pengundi)
  1. Datuk Muhammad Nazri Kassim (PH-PKR) – 5,965
  2. Noor’azah Harun (Bersatu) – 267
  3. Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (PN-Pas) – 9,934
Menang: Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (PN-Pas) – Majoriti: 3,969
2023: Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (PH-PKR) – Majoriti: 329

N15 Juasseh (13,671 pengundi)
  1. Mohd Zuhaimi Md Yusof (Bersatu) – 506
  2. Datuk Ismail Lasim (BN-Umno) – 6,907
  3. Mohd Aidil Abdullah (PH-PKR) – 2,816
Menang: Datuk Ismail Lasim (BN-Umno) – Majoriti: 4,091
2023: Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN-Umno) – Majoriti: 78

N16 Seri Menanti (10,105 pengundi)
  1. Muhammad Sufian Maradzi (BN-Umno) – 5,858
  2. Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa (PH-PKR) – 1,535
  3. Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin (Bersatu) – 363
Menang: Muhammad Sufian Maradzi (BN-Umno) – Majoriti: 4,323
2023: Muhammad Sufian Maradzi (BN-Umno) – Majoriti: 370

N17 Senaling (9,903 pengundi)
  1. Mohamad Qayyum Abd Jalil (BN-Umno) – 5,034
  2. Mohd Izaffi Istear Khan (Bersatu) – 432
  3. Mohd Hanis Alimin (PH-AMANAH) – 1,877
Menang: Mohamad Qayyum Abd Jalil (BN-Umno) – Majoriti: 3,157
2023: Datuk Ismail Lasim (BN-Umno) – Majoriti: 662

N18 Pilah (18,034 pengundi)
  1. S. Leza Md Yasin (BN-Umno) – 6,830
  2. Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PH-PKR) – 6,100
Menang: S. Leza Md Yasin (BN-Umno) – Majoriti: 730
2023: Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PH-PKR) – Majoriti: 1,079

N19 Johol (12,331 pengundi)
  1. Mohd Zailan Mohd Munawar (PH-AMANAH) – 2,280
  2. Datuk Saiful Yazan Sulaiman (BN-Umno) – 6,663
Menang: Datuk Saiful Yazan Sulaiman (BN-Umno) – Majoriti: 4,383
2023: Saiful Yazan Sulaiman (BN-Umno) – Majoriti: 2,117

N20 Labu (32,884 pengundi)
  1. Datuk Ahmad Faez Abdul Razak (PH-PKR) – 8,930
  2. Mohamad Hanifah Abu Baker (Bersatu) – 1,985
  3. Siti Nur Umaira Hasim (BN-Umno) – 14,209
Menang: Siti Nur Umaira Hasim (BN-Umno) – Majoriti: 5,279
2023: Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Bersatu) – Majoriti: 1,640

N21 Bukit Kepayang (49,568 pengundi)
  1. Nicole Tan Lee Koon (PH-DAP) – 24,096
  2. Lee Boon Shian (PN-Gerakan) – 8,889
Menang: Nicole Tan Lee Koon (PH-DAP) – Majoriti: 15,207
2023: Nicole Tan Lee Koon (PH-DAP) – Majoriti: 19,684

N22 Rahang (19,715 pengundi)
  1. Desmond Siau Meow Kong (PH-DAP) – 7,896
  2. S. Tinagaran (PSM) – 400
  3. Yap Siok Moy (BN-MCA) – 4,921
  4. Tang Jay Son (Bersatu) – 160
Menang: Desmond Siau Meow Kong (PH-DAP) – Majoriti: 2,975
2023: Desmond Siau Meow Kong (PH-DAP) – Majoriti: 6,432

N23 Mambau (30,346 pengundi)
  1. Lee Kai Yet (PH-DAP) – 15,758
  2. N. Sarawanan (Bersatu) – 786
  3. Erik Michael (PN-Wawasan) – 3,655
Menang: Lee Kai Yet (PH-DAP) – Majoriti: 12,103
2023: Yap Yew Weng (PH-DAP) – Majoriti: 14,940

N24 Seremban Jaya (33,015 pengundi)
  1. Datuk R.T. Thinalan (BN-MIC) – 8,470
  2. R. Mahendran (Bersatu) – 327
  3. S. Mugunthan (PH-DAP) – 14,171
Menang: S. Mugunthan (PH-DAP) – Majoriti: 5,701
2023: P. Gunasekaren (PH-DAP) – Majoriti: 12,703

N25 Paroi (64,998 pengundi)
  1. Ahmad Shahir Mohd Shah (PH-AMANAH) – 15,045
  2. Mohd Nazree Mohd Yunus (Bersatu) – 2,205
  3. Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN-Pas) – 32,004
Menang: Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN-Pas) – Majoriti: 16,959
2023: Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN-Pas) – Majoriti: 5,539

N26 Chembong (26,547 pengundi)
  1. Danish Nazran Murad (PH-PKR) – 3,397
  2. Datuk Zaifulbahri Idris (BN-Umno) – 17,160
Menang: Datuk Zaifulbahri Idris (BN-Umno) – Majoriti: 13,763
2023: Datuk Zaifulbahri Idris (BN-Umno) – Majoriti: 4,335

N27 Rantau (34,831 pengundi)
  1. Dr Azizul Hakim Mahdi (PH-PKR) – 7,032
  2. Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Umno) – 19,050
Menang: Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Umno) – Majoriti: 12,018
2023: Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Umno) – Majoriti: 10,280

N28 Kota (16,744 pengundi)
  1. Akmal Noradzmi Abd Rahim (Bersatu) – 290
  2. Muhammad Allif Ibrahim (PH-AMANAH) – 2,484
  3. Suhaimi Aini (BN-Umno) – 10,177
Menang: Suhaimi Aini (BN-Umno) – Majoriti: 7,693
2023: Suhaimi Aini (BN-Umno) – Majoriti: 135

N29 Chuah (15,129 pengundi)
  1. Pau Jeou Ching (BN-MCA) – 4,092
  2. Datuk Yew Boon Lye (PH-PKR) – 6,621
Menang: Datuk Yew Boon Lye (PH-PKR) – Majoriti: 2,529
2023: Datuk Yew Boon Lye (PH-PKR) – Majoriti: 6,298

N30 Lukut (28,219 pengundi)
  1. Choo Ken Hwa (PH-DAP) – 11,905
  2. N. Sathes Kumar (PN-MIPP) – 6,188
  3. Teo Seng Lee (Bebas/IND) – 568
Menang: Choo Ken Hwa (PH-DAP) – Majoriti: 5,717
2023: Choo Ken Hwa (PH-DAP) – Majoriti: 10,135

N31 Bagan Pinang(27,451 pengundi)
  1. Sheikh Junaidy Jamaludin (Bersatu) – 536
  2. Abdul Fatah Zakaria (PN-Pas) – 14,603
  3. Nasir Raman (PH-AMANAH) – 4,466
Menang: Abdul Fatah Zakaria (PN-Pas) – Majoriti: 10,137
2023: Abdul Fatah Zakaria (PN-Pas) – Majoriti: 3,426

N32 Linggi (20,677 pengundi)
  1. Datuk Zamri Md Said (Bersatu) – 391
  2. Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-Umno) – 9,139
  3. Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-PKR) – 6,163
Menang: Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-Umno) – Majoriti: 2,976
2023: Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-Umno) – Majoriti: 1,461

N33 Sri Tanjung (19,590 pengundi)
  1. A. Achuthan (BN-MIC) – 5,367
  2. Datuk A. Saravanan (Bebas/IND) – 73
  3. M. Leevineshwaraan (Bersatu) – 618
  4. Islah Wahyudi Zainudin (Bebas/IND) – 529
  5. Datuk Dr G. Rajasekaran (PH-PKR) – 6,702
Menang: Datuk Dr G. Rajasekaran (PH-PKR) – Majoriti: 1,335
2023: Dr G. Rajasekaran (PH-PKR) – Majoriti: 3,996

N34 Gemas (29,600 pengundi)
  1. Azman Abdullah (Bersatu) – 1,012
  2. Ridzuan Ahmad (PN-Wawasan) – 16,153
  3. Siti Aishah Seman @ Othman (PH-PKR) – 3,529
Menang: Ridzuan Ahmad (PN-Wawasan) – Majoriti: 12,624
2023: Ridzuan Ahmad (PN-Bersatu) – Majoriti: 3,120

N35 Gemencheh (24,916 pengundi)
  1. Suhaimizan Bizar (BN-Umno) – 12,175
  2. Abd Latif A Tambi (PH-AMANAH) – 4,782
Menang: Suhaimizan Bizar (BN-Umno) – Majoriti: 7,393
2023: Suhaimizan Bizar (BN-Umno) – Majoriti: 2,434

N36 Repah (27,910 pengundi)
  1. Koh Kim Swee (BN-MCA) – 9,779
  2. S. Veerapan (PH-DAP) – 9,335
Menang: Koh Kim Swee (BN-MCA) – Majoriti: 444
2023: S. Veerapan (PH-DAP) – Majoriti: 5,950

Ismail Lasim MB baharu N Sembilan

FMT Reporters

Adun Juasseh daripada Umno ambil alih jawatan daripada Aminuddin Harun selepas beliau memimpin negeri selama dua penggal.
Adun Juasseh, Ismail Lasim angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Besar Seri Menanti.
PETALING JAYA: Pemimpin Umno Ismail Lasim mengangkat sumpah menteri besar baharu Negeri Sembilan susulan kemenangan besar Barisan Nasional-Perikatan Nasional pada PRN semalam.

Adun tujuh penggal itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, hari ini.

Ismail mengambil alih jawatan tersebut daripada naib presiden PKR Aminuddin Harun, yang memimpin negeri selama dua penggal, sejak 2018.

Pemimpin berusia 63 tahun itu dipilih Adun Juasseh semalam dengan majoriti 4,091 undi.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Adun Senaling bermula 1999 hingga 2018, sebelum berpindah ke Juasseh untuk satu penggal, dan kemudian kembali ke Senaling pada PRN 2023.

Ismail berpengalaman luas dalam kerajaan negeri, setelah berkhidmat sebagai exco dalam pelbagai portfolio bermula 2008 hingga 2018 di bawah pentadbiran menteri besar ketika itu, Mohamad Hasan.

Beliau kembali dalam kerajaan negeri selepas PRN 2023 dengan berkhidmat sebagai exco pendidikan dan modal insan dalam pentadbiran Aminuddin.

Semalam, BN menang 18 kerusi, manakala PN memperoleh tujuh, sekali gus gabungan penguasaan DUN membawa kepada majoriti dua pertiga. PH pula menang baki 11 kerusi.

Rombongan Zahid dipercayai menghadap Tuanku Muhriz malam ini

Bernama

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi dilihat memasuki Istana Hinggap, di sini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Lebih 10 kenderaan dipercayai dinaiki pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pengerusi BN Negeri Sembilan Mohamad Hasan, mengiringi kenderaan itu memasuki pekarangan istana kira-kira 10 malam.

Rombongan itu dipercayai menghadap Tuanku Muhriz bagi mempersembahkan kemenangan BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan ke-16, serta nama calon menteri besar untuk membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, Zahid berkata BN dan PN akan membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga, berdasarkan keputusan tidak rasmi pada pilihan raya hari ini.

Secara tidak rasmi, BN menurut beliau memenangi 18 DUN manakala PN memperoleh tujuh kerusi, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan parti politik yang bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan itu, majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.