"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersungguh-sungguh Najib pamerkan dia tak ada otak

Penarik Beca
Hebohlah semua orang membicarakan amaran keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Utusan Malaysia semalam mengangkat amaran Najib kepada Anwar sebagai tajuk utama muka hadapannya, "Jangan cabar saya".

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," kata Perdana Menteri (lihat Malaysiakini 18/1/11 "Najib: Saya? Takut kepada Anwar?").

Saya jumpa ramai yang berpendapat supaya orang lain jangan masuk campur. Saya pun meluat tengok Mamat-Mamat dari kedua-dua pihak yang menawarkan diri nak jadi galang ganti. Sudah-sudahlah menyibuk tak fasal-fasal. Orang meluat oi!

Tinggal lagi, yang saya tertanya-tanya ialah bagaimanakah Najib kalau dia tak ada kuasa? Bagaimana kalau dia tak boleh kuasai mahkamah, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jentera kerajaan, media arus perdana dan semua kemudahan awam yang menyebelahinya kini?

Dia nak lawan pakai apa?

Nak lawan pakai otak nampaknya dia tak mampu. Perkembangan sehari dua ini memperlihatkan Najib seolah-olah bersungguh-sungguh mempamerkan kepada kita bahawa dia tak ada otak.

Apa-apa pun, jangan perkecilkan Najib. Najib tak berseorangan menjadi Perdana Menteri dan menjadi kepala Umno Barisan Nasional (BN). Bak kata Lee Kuan Yew, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor work as a team. Malah, BN tu pun orang kata akronim kepada "bini Najib".

Sebut fasal Rosmah mengapa sehari dua ini orang menyamakannya dengan Leila Trabelsi? Leila ialah pendandan rambut yang menjadi bini Zine el Abidine Ben Ali, bekas presiden Tunisia yang dihambat oleh revolusi rakyat negara itu baru-baru ini.

Antara lain, laporan kedutaan Amerika Syarikat di Tunis mengenai Leila ialah seperti berikut:
Tunisians intensely dislike, even hate, First Lady Leila Trabelsi and her family. In private, regime opponents mock her; even those close to the government express dismay at her reported behavior.
Mengapa bila orang baca laporan tu, orang terus kata Leila macam Rosmah?

Tiada ulasan: