"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bijih besi dikenalpasti di empat daerah

Sarina Ismail
ALOR SETAR, 19 Julai 2011: “Antara daerah-daerah yang dikenalpasti mempunyai bijih besi termasuklah Kuala Muda, Kubang Pasu, Baling dan Yan,” jelas Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya lagi, aktiviti perlombongan hanya akan memberi kesan yang minima kepada alam sekitar dan selepas aktiviti perlombongan dijalankan kawasan tersebut akan dipulihkan. 

“Aktiviti perlombongan tidak melibatkan pembersihan hutan secara keseluruhan dan ianya tidak menggunakan air yang banyak. Oleh itu ia tidak menjejas atau mencemarkan anak-anak sungai di tapak tersebut,” sambungnya lagi. 

Jawapan bertulis tersebut dikemukakan bagi menjawab soalan ADUN Pedu, YB Dato’ Seri Mahawangsa, Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid sempena Mesyuarat Pertama Penggal ke Empat Dewan Undangan Negeri Kedah Ke Dua Belas. Soalan yang diajukan inginkan penjelasan daerah-daerah yang dikenalpasti mempunyai bijih besi serta kesan perlombongan kepada alam sekitar. 

Berikutan soalan seterusnya yang berhubung kait dengan anggaran pendapatan  serta pengeluaran lesen dan garis panduan melombong, Azizan menambah lagi, kerajaan negeri  mengenakan royalti pengeluaran bahan bantuan sebanyak lima peratus iaitu anggaran RM100 ribu bagi tahun 2011 ke atas harga semasa pengeluaran. Anggaran ini dijangka akan meningkat setiap tahun melalui pertambahan kawasan perlombongan bijih besi pada masa akan datang.

“Garis panduan telah diwujudkan dan akan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sementara  permohonan lesen melombong kita mengutamakan permohonan dari syarikat-syarikat,” sambung beliau lagi. 

Menteri Besar juga merupakan Pengerusi JawatanKuasa Tetap Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli.


Bijih besi dikenalpasti di empat daerah

Tiada ulasan: