"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Heret Najib ke siasatan awam!

KUALA LUMPUR: PAS mahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengheret Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam inkuiri awam untuk menjelaskan keputusan dolak-dalihnya berhubung penggunaan stadium.
http://mynewshub.my/bm/files/2011/05/0.jpgNaib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz omar berkata, kesan tindakan Najib tersebut telah menyebabkan berlakunya ‘pelanggaran’ di antara para peserta himpunan dan pihak polis yang bertempur di jalanjalan ibu kota

Ini kerana, katanya pihak polis tidak membenarkan membuat himpunan di stadium negara berikutan arahan daripada Perdana Menteri sendiri.
Katanya Bersih 2.0 terpaksa mengadakan perhimpunan aman di jalanan yang berakhir dengan keganasan polis terhadap pada peserta himpunan, 9 julai lalu.

“Tindakan ini ada kaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia. Suhakam boleh memanggil Najib Tun Razak,” katanya.

Bahkan beliau menggesa Suhakam juga memanggil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), apabila mereka mengugut supaya Bersih 2.0 membatalkan himpunan tersebut sekiranya mahu meneruskan perbincangan dengan SPR.

Mahfuz turut mengalualukan usaha Suhakam untuk mengadakan inkuiri awam ekoran tindakan keras Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam himpunan aman akhirnya menjejaskan integriti pasukan keselamatan itu.

“Saya percaya, inkuiri awam ini menggambarkan prihatinan Suhakam terhadap hak-hak orang awam yang berhimpun secara aman. Dan yang paling penting hasil inkuri tersebut,”katanya kepada Harakah.

Walaupun kuasa yang ada pada Suhakam agak terhad, bagi Mahfuz Suhakam seharusnya memberitau publik apa tindakan yang membolehkan pihak berkuasa mematuhinya.

Ini jelas, katanya banyak inkuiri awam yang dilakukan oleh Suhakam sebelum ini tidak pernah diambil serius oleh kerajaan kerana hasil siasatan kebanyakkan memperlihatkan kesalahan kerajaan.

“Suhakam mempunyai kepakaran perlu semak ruangruang yang menghalangnya.

Suhakam perlu dedah kepada rakyat apa yang menghalang kekangan untuk kerajaan mendengar hasil mereka, ”katanya.

Justeru katanya, walaupun Suhakam hanya sekadar menemui pelanggaran tetapi suruhanjaya itu harus turun kepada rakya t dedahkan pelanggaran itu supaya memberi tekanan kepada kerajaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui hasil inkuiri yang dibuat oleh kerajaan tidak dipedulikan kerajaan.

“Tetapi, kerajaan harus ingat kesan ketidakpedulian kerajaan terhadap hasil Suhakam akan memberi kesan kepada seluruh dunia, ”katanya.
-detikdaily-

Tiada ulasan: