"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Liwat II: Najib, Rosmah dijangka hadir, soalan apa bakal ditanya pihak Anwar?

Maclean Patrick
Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menambah satu lagi siri drama dalam mahkamah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor, yang dituduh Anwar merangka plot liwatnya dengan Saiful Bukhari Azlan, telah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Liwat II: Najib, Rosmah dijangka hadir, soalan apa bakal ditanya pihak Anwar? Kedua-dua suami dan isteri ini enggan membuka mulut apabila mereka menghadiri temubual awal dengan peguam Anwar sebelum perbicaraan minggu ini. Temubual itu adalah untuk menentukan sama ada mereka perlu dipanggil sebagai saksi atau tidak. Disebabkan pasangan pertama ini enggan bekerjasama, pihak pembelaan memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah atau sepina; mereka kini perlu menghadirkan diri di mahkamah dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pasukan pembelaan Anwar Ibrahim.

Jika kedua-dua Najib dan Rosmah enggan menghormati perintah ini, kedua-duanya dianggap menghina mahkamah dan dengan itu, boleh dikenakan tuduhan yang difailkan terhadap mereka. Ini juga akan mencacatkan lagi imej Najib dan Rosmah, oleh itu mereka dijangka hadir. Persoalannya, apakah yang Najib dan Rosmah akan mendedahkan di mahkamah kelak?

Seiringan dengan perkembangan terbaru dari bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott, yang mendedahkan bahawa kedutaan itu telah diberitahu keputusan untuk memusnahkan Anwar dari segi politik "sehingga dia tidak boleh berdiri lagi, " soalan apakah yang akan ditanya oleh pihak pembelaan Anwar nanti?

Setakat ini, menurut Sankara Nair, salah seorang peguam pembela Anwar, sepina telah disampaikan kepada pasangan yang pertama itu dan mereka harus menghadiri perbicaraan sebagai saksi.

Tiada jampi serapah

Malah, sepina yang disampaikan kepada Najib Tun Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Ketua Polis Melaka Rodhwan Ismail bukanlah sesuatu yang mereka boleh pinggirkan dengan mudah.

Ia adalah satu perintah oleh mahkamah untuk menjadi saksi, jika tidak, waran tangkap akan dikeluarkan kerana tidak mematuhi perintah itu. Sememangnya tiada jalan keluar untuk seorang Perdana Menteri yang sedang berusaha memulihkan imej beliau yang telah cacat.

Keengganan untuk hadir memungkinkan waran tangkap. Namun, waran tangkap haruslah dikeluarkan oleh hakim. Dan hakim kontroversi Mohd Zabidin Mohd Diah telah menunjukkan kecenderungan beliau, memberikan Najib, Rosmah dan dua polis keistimewaan dengan membenarkan mereka melarikan diri daripada ditemubual sebagai saksi-saksi yang berpotensi untuk pihak pembelaan.

Sebagai alternatif, Najib dan Rosmah juga boleh memohon untuk mengetepikan saman seperti yang dilakukan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohammad pada tahun 1998.

Sifat berat sebelah hakim perbicaraan menjadi perdebatan Anwar, yang menyatakan dengan jelas dalam kenyataan 32-muka suratnya. Adakah Hakim Mohd Zabidin memberi Najib dan tiga yang lain "talian hayat" jika suatu waran tangkap yang diperlukan untuk memastikan keempat-empat mereka tidak bersetuju untuk muncul sebagai saksi?

Sepina tidak boleh ditarik balik, sama ada anda menghormatinya atau tidak dan kini kita tunggu dan lihat jika Najib, Rosmah, dan bekas Inspektor Ketua Musa Hassan dan Rodhwan Ismail akan hadir dan memberi keterangan di mahkamah.

Sejarah membuktikan keengganan Najib untuk hadir ke mahkamah

Dalam kes Altantuya, Najib dengan mudahnya diketepikan dalam perbicaraan padahal Razak Baginda, yang merupakan penasihat beliau dituduh membuat percubaan untuk membunuh. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Najib memilih untuk tidak menerangkan bahawa dia tidak bersalah di mahkamah. Pada masa yang sama pembunuhan itu adalah berkait dengan pembelian kapal selam Scorpene, di mana Najib pada ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Najib tidak pernah dipanggil untuk menjelaskan butiran perolehan tersebut. Langsung tiada percubaan pihak pendakwaan untuk membawa beliau ke dalam kes tersebut Tetapi dalam kes Anwar, senarionya berbeza. Setakat ini, Najib dan Rosmah tidak mampu untuk menggagalkan percubaan pasukan pembelaan Anwar untuk melihat mereka memberi keterangan di mahkamah.

Tetapi apakah muslihat baru Najib dan Rosmah untuk mengelakkan diri daripada memberi keterangan di mahkamah? Adalah jelas bahawa jika kedua-duanya tidak hadir di mahkamah, mereka akan ditangkap. Adakah Perdana Menteri dan isterinya berrisiko untuk ditangkap? Adakah mereka akan hadir ke mahkamah dan memberitahu versi mereka untuk drama Sodomi II ini? Atau mungkinkah kita akan melihat kedua-duanya melarikan diri dari tugas ini hasil daripada kelicikkan badan kehakiman? 
 -Malaysia Chronice-

Tiada ulasan: