"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Najib Razak memecah kesunyian

setisab
Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memecah kesunyian mengenai pembelian cincin berlian biru isterinya yang didakwa bernilai AS $ 24 juta, besan dan mengenai dakwaan beliau dari Kazakhstan adalah sebahagian daripada geng Mafia Rusia. Sekarang, mungkin lebih baik jika dia telah berdiam diri sahaja.



Pendedahan yang telah dibuat menunjukkan bahawa beliau menggunakan kekerasan fizikal dan imejan untuk menutup reputasi beliau selepas Kompas, sebuah akhbar Indonesia mendedahkan laporan pada 4 Ogos lepas mengenai keterlaluan ahli keluarganya.

"Adakah Kompas menarik balik laporan mereka dan memohon maaf kerana silap melaporkan dan memfitnah Najib atau adakah editor Kompas yang menemu bual Najib hanya meminta maaf atas ihsan kerana memalukan beliau setelah mereka berjumpa? Juga, mengapa pula kebetulan Najib tiba-tiba bersetuju untuk ditemuduga pihak Kompas? Kelihatan ini seperti langkah kurang bijak, satu lagi kesilapan yang memalukan.” Kata Timbalan Presiden PKR, Tian Chua.

Malah, semakan ke atas laman web Kompas menunjukkan hanya laporan yang bertajuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia yang wujud. Eekmal Ahmad juga mengesahkan bahawa tidak ada penarikan balik artikel yang bertarikh Ogos 4 itu.

Walau bagaimanapun, itu tidak mematahkan para penasihat Najib daripada mendakwa bahawa laporan pihak Kompas itu adalah palsu. Bernama, sebuah agensi berita nasional Malaysia juga melaporkan bahawa Kompas telah memohon maaf untuk "laporan yang berunsur fitnah itu".

"Laporan ini mendakwa dua masalah penting dalam kerajaan BN Najib. Satu adalah kurangnya ketelusan dalam urusan kewangan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarga mereka. Dan yang kedua; skandal tidak berkesudahan membabitkan wang dan harta. Mereka boleh menafikan sekeras-kerasnya tetapi orang ramai sudah tidak percaya kepada mereka, "jelas Naib Presiden PKR, N Surendran.

Peluang untuk menangkis, bukan menarik balik


Dalam temubual Kompas yang terbaru, Najib menafikan Rosmah telah memesan cincin tersebut. Dan ia sebenarnya adalah sebahagian daripada mas kahwin dan anak perempuan beliau Nooryana dan hadiah khas kepada Wanita Pertama Malaysia.(bukti penipuan Najib)

"Cincin ini tidak dipesan oleh Rosmah sama ada untuk dibeli atau untuk dipertunjukkan kepada pihak-pihak tertentu," Kompas melaporkan Najib sebagai berkata pada hari Ahad.

Najib juga menafikan bahawa Maira Nazarbayev, ibu mertua Nooryana anak perempuannya, dikaitkan dengan "mafia Rusia". Beliau memberitahu Kompas bahawa gambar barang itu telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik untuk disebarkan keseluruh negara sebelum pilihanraya yang dijangka boleh diadakan seawalnya tahun ini juga. Walaubagaimanapun,Najib enggan memberitahu tarikh sebenar. PM Malaysia ini juga berkata laporan Kompas itu memudaratkan pentadbiran beliau kerana ia berkaitan dengan Rosmah dan Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam komisen kontroversi untuk urusniaga kapal selam Scorpene yang mana Najib telah dituduh menerima rasuah.

Wartawan berkata, seadilnya, Kompas telah memberikan Najib peluang untuk menyangkal laporannya. Tetapi mereka menyatakan bahawa mereka tidak menarik balik atau membuat kenyataan bahawa laporan itu adalah palsu. Ia juga memberitahu bahawa Najib juga tidak menawarkan apa-apa penjelasan. PM itu semata-mata menafikan dakwaan dan berharap orang ramai akan mempercayai beliau. Tiada langsung maklumat terperinci diberikan.

SPRM menikus, seperti juga pendirian mereka terhadap dakwaan ke atas Rosmah

Sebaliknya, seperti yang dikatakan oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin, terdapat bukti yang kelihatan berkait dengan cincin Rosmah. Maklumat mengenai import cincin tersebut muncul dalam pangkalan data Jabatan Kastam negara Malaysia.

Badrul telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tetapi tiada tindakan susulan diambil. Pihak Kastam juga tidak menawarkan sebarang penjelasan. "Najib melakukan perkara yang sama sepeti Rosmah; mengelak daripada isu sebenar," kata Badrul.

Rosmah ,dua minggu lalu telah berkata bahawa beliau tidak akan memberi penjelasan terhadap spekulasi itu. Beliau juga cuba untuk menarik simpati orang ramai dengan berkata bahawa beliau sudah biasa diburuk-burukkan oleh musuh-musuh beliau.

Tetapi ramai rakyat Malaysia tidak bersimpati dengan beliau. Sebaliknya,beliau dikecam kerana tidak menafikan hal tersebut. Media kerajaan juga diselar kerana membuat kesimpulan mereka sendiri bahawa Rosmah telah menafikan pembabitan beliau dengan cincin tersebut demi membantunya untuk menutup hal sebenar.

Selain itu, kedua-dua suami dan isteri ini masih belum menjelaskan kepada Parlimen mengenai perbelanjaan besar lawatan ke luar negara mereka, rungut para penggubal undang-undang dari pihak pembangkang.

Kaitan dengan Khairy?

Tetapi perkembangan yang paling menarik daripada keseluruhan isu ini adalah cara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengalih pandangan rakyat kepada berita terkini. Menggunakan Twitter, beliau cuba menarik perhatian kepada laporan Kompas dengan menyalahkan de-facto Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim, yang sememangnya seorang tokoh yang popular di Jakarta.

Khairy dengan tidak membuang masa melibatkan diri dalam pertikaian berpanjangan di Twitter dengan ahli parlimen pembangkang Dzulkefly Ahmad mengenai isu Najib dan keluarganya yang membawa rombongan besar ke Kazakhstan menggunakan wang kerajaan untuk pertunangan anak perempuannya pada bulan Jun lepas. Walaupun ia seiring dengan lawatan rasmi, majoriti daripada ahli rombongan dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan mewah anak Najib dan bukannya untuk tugas rasmi.

Namun begitu, Khairy dituduh sengaja menarik perhatian kepada penyalahgunaan dana awam oleh Najib. Sejurus selepas laporan Kompas itu diterbitkan pada 4 Ogos lepas, Khairylah yang didakwa membekalkan berita tersebut kepada Kompas

"Diketahui umum bahawa Kompas akhbar Indonesia yang diusahakan oleh Ketua Paramount Pakatanis '. Info disalur oleh Pakatanis. Sekarang ditangkap berbohong Padan Muka," pos Khairy dalam Twitter pada hari Ahad.

Pembantu Anwar Eekmal Ahmad segera memberi tindak balas.

"Khairy, anda berbohong! Sehingga jam 3.48 waktu KL, Kompas menegaskan ia tidak memohon maaf kepada Najib Tun Razak. Kompas hanya membuat satu temu bual!" pos Eekmal di Twitter.

"Jangan cuba putar belit bro. Anda tweet bahawa Kompas memohon maaf. Anda sekutukan Kompas dengan Pakatan Rakyat. Anda benci PR, saya faham. Tetapi jangan rosakkan imej Kompas!"
-tko-

Tiada ulasan: