"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelar telinga bekas kekasih

AMPANG: Seorang remaja berusia 19 tahun mengelar telinga bekas kekasihnya selepas berang hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.

Kejadian di sebuah restoran di Pandan Indah di sini pada jam 3 pagi Ahad lalu menyebabkan telinga kanan gadis 19 tahun itu hampir putus dan pipi kanannya turut cedera.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima SMS daripada teman lelakinya meminta dia pergi ke sebuah restoran untuk berbincang mengenai masalah hubungan cinta mereka.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya, mangsa mengajak rakan baiknya menemaninya dan sebaik tiba di restoran berkenaan, mereka melihat bekas teman lelaki mangsa meracau seorang diri di luar restoran.

“Mangsa dan rakannya masuk dan duduk di salah satu meja di dalam restoran berkenaan. Menyedari kehadiran mangsa, suspek terus menghampirinya dan memaki-hamun mangsa,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan: