"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita kerat mayat suami tidak diberi parol

 
CHOWCHILLA, Amerika Syarikat (AS): Lantaran tidak tahan didera, Omaima Nelson (gambar) nekad membunuh suami yang baru sebulan dikahwininya.

Wanita itu kemudian mengerat mayat mangsa dan memasak beberapa bahagian tubuhnya dalam pembunuhan kejam yang berlaku pada hari perayaan Thanksgiving tahun 1991.

Kelmarin, Nelson yang berasal dari Mesir gagal mendapatkan parol untuk membolehkannya kembali menjalani kehidupan bersama masyarakat selepas 20 tahun berada di penjara kerana pembunuhan tersebut.

Lembaga Parol Negeri California memutuskan untuk menolak permohonan parol Nelson selepas mereka bersidang selama lima jam dan mendengar kesnya di sebuah penjara wanita di sini.

Nelson yang berusia 23 tahun ketika dia membunuh suaminya, William Nelson, 56, menerima hukuman penjara seumur hidup kerana jenayah itu.

Pihak berkuasa menyamakan Neslon seperti karakter Hannibal Lecter yang memakan daging manusia dalam filem Silence of the Lambs.

Kelmarin, peguamnya menyatakan, Nelson yang kini berusia 43 tahun perlu diberikan parol kerana dia sudah berubah dan berhasrat untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

"Dia kesal dan meminta maaf. Dia mengaku melakukan pembunuhan demi mempertahankan dirinya," kata peguam berkenaan.

Bagaimanapun, dua orang pesuruhjaya parol sangsi dengan hujah tersebut.

Ini kerana Nelson memiliki banyak rekod jenayah sebelum ini, selain sejarah menjalinkan hubungan seks dengan lelaki lebih tua untuk mendapatkan wang. 
-AP-

Tiada ulasan: