"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki bakar diri sendiri, tiga anak dalam kereta

CULOZ (Perancis): Seorang bapa yang kurang siuman menyimbah keretanya dengan minyak petrol kemudian membakar kereta itu dengan dirinya dan tiga orang anak di dalamnya.

Dua kanak-kanak berusia empat dan enam tahun dan lelaki yang berusia 33 tahun itu, mati di sebuah stesen minyak di sebuah pasar raya di Culoz, tenggara Perancis.
Menurut polis, anak lelakinya yang berusia 11 tahun, berjaya keluar dari kereta yang terbakar tetapi mengalami kecederaan serius.

Isteri lelaki itu yang berusia 29 tahun pula dijumpai mati dicekik di rumah mereka, 60 batu dari tragedi yang berlaku pada jam 8.30 malam, semalam.

Menurut jurucakap polis, “Lelaki itu memberhentikan keretanya seperti mahu mengisi minyak tetapi dia mencurahkan minyak petrol di badan kereta, melompat masuk dan terus membakarnya.”

“Hanya seorang daripada tiga anaknya dapat melepaskan diri tetapi yang lain mati di situ.”

Kata jurucakap polis itu lagi, siasatan ke atas keadaan mental lelaki itu sedang dijalankan.
-hmetro-

Tiada ulasan: