"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti ingatkan, jangan sertai upacara keagamaan Non Muslim

Muslim Abdul Razak
ALOR SETAR, 6 Oktober 2011 – Umat Islam yang menyertai upacara keagamaan agama lain dinasihatkan oleh Mufti Negeri Kedah agar tidak lagi berbuat demikian kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan aqidah.

Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Baderudin Ahmad, berkata majlis fatwa telah mengeluarkan perintah melarang orang Islam menyertai sebarang upacara keagamaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu orang Islam yang menyertai upacara keagamaan agama lain di Pejabat Mufti Negeri Kedah di Anak Bukit.

“Pernah  pejabat Tuanku meminta komen daripada kita mengenai isu tersebut dan pihak Jabatan Mufti menasihatkan agar Tuanku Sultan tidak menyertainya kerana baginda merupakan ketua agama Islam, kecuali acara tersebut tidak berkaitan dengan keagamaan.

“Dalam isu ini kita menggunakan kaedah 'meredhai kekufuran itu kufur' dan jika kita setuju dengan maksiat maka kita juga tercalit dengan maksiat tersebut," katanya.

Tambah beliau, walaupun perkara ini merupakan sesuatu yang sukar diterima oleh masyarakat, Majlis Fatwa tetap perlu menyatakan kebenarannya dan ini adalah pandangan semua ahli fatwa.


Nota : Mat bashah respon sikit dlm isu ini-aya
Video boleh tengok di sini

Tiada ulasan: