"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kakitangan awam tunggu SBPA tetapi...

Syed Abdullah Jamalullail
Pada keseluruhannya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi citarasa semua warga penjawat awam seramai 1.4 juta.

Sudah tentu mereka ini akan menerimanya dengan ikhlas hati tetapi yang menjadi pertikaian dan rasa tidak puas hati diantara kalangan penjawat awam ialah kaeadah cara permarkahan yang dikenakan bagi setiap kakitangan yang sudah tentu dinilaikan olih Ketua Jabatan masing-masing.

Markah penilaian yang dimaksudkan adalah saperti berikut: Mungkin ianya kurang tepat sebelum keluarnya pekeliling dan surat tawaran itu.

a) 95% keatas mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 15% daripada gaji pokok

b) 85% hingga 95% mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 8%

c) 75% tiada kenaikan gaji

d) Dan dibawah daripada 70% disyorkan berhenti

Adalah sesuatu yang janggal apabila tidak bernasib baik jika sekiranya mendapat ketua Jabatan atau Ketua Unit yang cengeh (bengkeng) dan yang tidak ada timbang rasa kerana ianya selalu berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah penjawat awam bawahan.

Mana tidaknya ada diantara bos yang 'kedekut' untuk memberikan markah dan tidak kurang juga yang mempunyai sikap pilih kasih serta yang paling kakitangan awam risau sekali ialah adanya diskriminasi terhadap kakitangannya sendiri.

Diharap pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaji semula kaedah kenaikan gaji tahunan ini agar ianya lebih berlaku adil kepada semua penjawat awam.

Dicadangkan supaya jika sekiranya hendak dilaksanakan juga sistem kenaikan gaji mengikut SBPA ini pertama sekali hendaklah pastikan ketua Jabatan yang 'menahan' kenaikan gaji atau memberikan arahan memberhentikan kerja kakitangan bawahannya itu memberikan tunjuk sebab dan dibawa ke Jemaah Penilaian yang terdiri daripada pegawai-Pegawai JPA untuk dipertimbangkan seadil-adilnya dan bukan dari kalangan Penilai daripada Jabatan itu sendiri supaya lebih telus dan adil.

Sebagai contoh di jabatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa autonominya tersendiri di mana mudah bagi pengurusan menaikkan gaji dengan prestasi yang cemerlang di kalangan mereka sesama sendiri dimana difahamkan selalunya mempunyai kakitangan yang ada hubungkaitnya dengan talian persaudaraan masing-masing terutama sekali bila adanya saudara mara bos bekerja disitu.

Tiada ulasan: