"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dari kucing terbiar kini jadi kucing terkaya

ROME: Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di jalan raya di bandar raya ini, mewarisi harta berjumlah AS$13 juta (RM39 juta) daripada tuannya, balu seorang jutawan hartanah.
Maria Assunta meninggalkan hartanya kepada kucing kesayangannya itu, Tommaso, selepas meninggal dunia dua minggu lalu ketika berusia 94 tahun.

Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.

Ketika mula sakit dua tahun lalu, Assunta yang tidak mempunyai anak, mula memastikan Tommaso dijaga dengan baik selepas kematiannya. 
-Agensi-

Tiada ulasan: