"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beg mewah terbaru Rosmah berharga RM636,100?

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Blog pro Pakatan Rakyat menyiarkan gambar terbaru Datin Seri Rosmah Mansor yang bergaya bersama beg tangan mewah jenama Birkin, didakwa milik terbaru beliau.

Beg tangan berwarna merah yang mencecah harga sehingga ratusan ribu ringgit itu dikesan menerusi satu gambar yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Milosuam.blogspot turut mendedahkan baru-baru ini Dallas-based Heritage Auctions, pelelong koleksi barangan terbesar di dunia, mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin berwarna merah pada harga $203,150 (RM636,100).

Beg tangan mewah itu diperbuat daripada kulit buaya merah yang juga dilengkapi dengan hiasan strap putih, serta kunci-kunci yang bertatahkan berlian.

Menurut blog berkenaan, Jurucakap Heritage, Matthew Rubinger mengesahkan bahawa pemenang bidaan tersebut telah mengunjungi pemilik yang enggan namanya didedahkan kepada umum.

Rosmah sebelum ini yang menggemparkan negara dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta, dikesan menggayakan sekurang-kurangnya 11 beg jenama mewah berkenaan di majlis-majlis yang dihadirinya.

Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

1 ulasan:

Aduka berkata...

ADA kah PEMBELIAN BEG2 yg mahal2, serta cincin yg kita tau,adalah dari duit KOMISEN projek2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM)???? saperti Kapal selam Scorpene,kapal terbang Sukhoi dan projek2 dalam negeri (PERMATA,budget 100Juta Ringgit,etc)dan lain2....yg kita TAK Tau???

Nampaknya Rosmah macam tak kisah dan tak Sensitif langsung nak menunjuk2 kekayaan yg belum tentu Halal...???? RAKYAT..FIKIR2kanlah!!