"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah MCA pemegang ‘lesen hina hudud’?

SELENA TAY
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvjBWZQ3dKfy0oEfO0TonDE0Mk7QemDYMrwfFoM7_FkVuSvECb6pMuA-Jw79bc_a91gdhpJLAUREKzENFoLOA79RlmI18PIG5NLa495hyKFnlMQEG7mCuLge_TYBxSjbNpraIv7FNKvoE/s400/Datuk+Seri+Chua+Soi+Lek.jpgWOW! Presiden MCA, Chua Soi Lek hampir setiap hari tanpa gagal akan hina Islam dan kutuk PAS. Serangannya bertali-arus dan bertubi-tubi pula. Yang terbaru, Presiden MCA ini hina hudud dan Islam dalam debatnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada DAP.
Semua hero-hero Umno nampaknya gagal memberi teguran kepada Chua Soi Lek. Mungkin mereka takut hendak menghadapi ‘wira Cina’ ini ataupun mereka telah ketandusan idea bagaimana hendak ‘kontrol’ Chua Soi Lek.
Mana suara pelbagai NGO Melayu yang selalu menguaruarkan bahawa mereka memperjuangkan maruah Islam dan Melayu? Mengapa mereka hanya diam membisu? Wah! Hebatnya Chua Soi Lek ini.

Walaupun MCA adalah pemegang ‘lesen hina hudud’, orang yang sering menggunakan lesen ini ialah Chua Soi Lek. Anak lelakinya Chua Tee Yong (anggota Parlimen Labis di Johor) pun kadang-kala menggunakan lesen ini tetapi kekerapannya gagal menandingi ayahnya.

Politikus lain dalam MCA pun ada sekali-sekala menggunakan lesen ini. Tetapi yang saban hari menggunakan lesen ini ialah Chua Soi Lek seolah-olah ‘lesen hina hudud’ ini mempunyai namanya tertera di atasnya.

Soalan yang patut ditanya oleh orang Melayu ialah siapakah pemberi lesen ini walhal jika tiada lesen MCA tentu tidak berani menghina Islam dan hukum hudud.

Satu sahaja yang perlu dirumuskan di sini iaitu tentunya pemberi lesen ini ialah satu puak yang amat berkuasa di Malaysia dan yang tamakkan kuasa sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama.

Sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengundi PAS supaya PAS dapat membatalkan ‘lesen hina hudud’ ini dan seterusnya mengembalikan semula maruah bangsa Melayu serta sekali gus menaikkan imej agama Islam semula.

Tiada ulasan: