"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin PKR dakwa 'kes isteri orang lari rumah'

SHAH ALAM - Seorang pemimpin PKR yang ditahan di sebuah hotel dekat sini awal pagi semalam, dipercayai kerana berdua-duaan berkata, wanita yang didakwa bersamanya hanya datang berjumpa bagi menyelesaikan masalah keluarganya.

Pemimpin dari Selangor itu berkata, wanita berkenaan datang menemuinya untuk mengadu masalah dihadapinya dan beliau pun telah menasihatkan agar dia pulang semula ke rumah.

Dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pemimpin berkenaan kepada Sinar Harian, beliau mendakwa cuba menyelesaikan masalah rumah tangga wanita berkenaan.

“Kes isteri orang lari dari suami datang ke hotel di Kuantan tempat retreat....Ana (saya) nasihat pulang semula,” katanya melalui mesej itu.

Difahamkan suami wanita berkenaan mengetahui berita penangkapan itu.

Laporan media menyebut, pemimpin itu ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat Kuantan awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya.

Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu.
*Pemimpin PR diingatkan supaya berhati-hati menjelang PRU13 kerana banyak perangkap yang dipasang oleh  pihak musuh. Jangan lupa kes Mohammad Sabu 1995 - kerengga

Tiada ulasan: