"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid masih lagi ahli dan presiden parti KITA - Masrum Dayat

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menegaskan Datuk Zaid Ibrahim adalah ketua dan parti menolak tawaran beliau mengundur diri.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti pada 17 Februari lalu dan dihadiri 25 daripada 30 ahli, kata Setiausaha Pusat KITA, Masrum Dayat dalam kenyataan media hari ini.

“Laporan bahawa Zamil Ibrahim ketua baru `satu berita lucu/lelucon, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas’.

“Parti KITA adalah sebuah pertubuhan politik yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan. Parti ini mempunyai Perlembagaan dan peraturannya.

“Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut Perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut “syok sendiri”,” kata Masrum.

Tidak akan bubar

Masrum berkata, mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Baru semalam bukan mesyuarat parti, barangkali mesyuarat bekas ahli-ahli parti.

Semalam sekumpulan bekas ahli KITA yang dipecat mengadakan mesyuarat khas telah melantik Zamil, bekas ketua KITA Kedah sebagai ketua parti yang baru.

Zamil dipecat dari parti itu baru-baru ini ekoran beberapa tindakan yang menentang dasar parti.
Menurut Masrum lagi, mesyuarat juga bersetuju sebulat suara KITA tidak akan dibubar.

Tetapi, kata beliau ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong Pakatan Rakyat akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat mereka.

Parti akan menjawab surat dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pendaftar Pertubuhan berhubung aduan- aduan yang ditimbulkan oleh mereka.

Tiada ulasan: