"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bermula dengan Perkasa, berakhir dengan Jati...

ABU FATHY
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbpZSfEe-X0_WYdSrz5fH2dGCkXiW8IA6Q7BJ6JsCYu8jqca1u3G6dZtitlcUCm7tHv_skRN-LZl67ufkGrS5OuaQIIfY9lLymrgIxfA5fS7BIDgHa09XdmNu0qdp4FHTgijxjak91Kha4/s640/logo+jati.jpg
PENUBUHAN badan bukan kerajaan, Jati oleh Dr Hasan Ali turut menandakan bertambah hampirnya pilihan raya umum. Ini kerana rancangan strategi Barisan Nasional menghadapi Pakatan Rakyat sudah sempurna.


Bermula daripada penubuhan Perkasa oleh Ibrahim Ali sebaik saja selepas pilihan raya umum 2008 hinggalah minggu lalu apabila Hasan Ali menubuhkan Jati.

Walaupun peristiwa-peristiwa itu kelihatan kebetulan, ia sejak awal lagi menepati strategi Barisan Nasional untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.
Prinsip strategi Barisan itu adalah mudah dan sentiasa digunakan oleh ahli strategis baik di medan perang, mahupun dalam proses demokrasi.

Ia berasaskan pada memecahkan kekuatan pihak lawan dan dalam hal ini, usahanya ialah untuk memecahkan perpaduan antara PAS, KeADILan dan DAP, tetapi bukan itu semata-mata.

Lebih penting ialah mewujudkan apa yang disebut ‘Kuasa Ketiga’ bagi menarik menarik para penyokong PAS, KeADILan dan DAP untuk menolak mereka.

Ini kerana kemenangan partiparti Pakatan tentunya datang daripada yang sebelumnya adalah penyokong Barisan. Justeru, kalau mereka sudah tidak boleh menyokong Barisan, maka usaha dilakukan supaya golongan ini tidak pula mengundi Pakatan.

Perlu diingat bahawa persaingan hanyalah antara dua pihak, Barisan dan Pakatan. Sebarang pihak ketiga, yang disebut sebagai kuasa ketiga atau bebas adalah dokongan kepada Barisan.

Maka bila dilihat bahawa selepas pilihan raya 2008, usaha dibuat untuk mewujudkan kuasa ketiga bermula daripada Perkasa hinggalah kepada Jati.

Tetapi di tengah-tengahnya juga ada pertubuhan lain termasuk Pergerakan Kebebasan Awam Ma laysia (MCLM) yang diasaskan oleh Raja Petra Kamarudin dan KITA oleh Zaid Ibrahim.

Walaupun Zaid baru-baru ini menyatakan akan membubarkan KITA tetapi lihatlah pemimpinnya yang lain dapat dikesan bahawa objektif mereka hendak menentang Pakatan, dan bukannya Barisan.

Ini belum dikira lagi orangperseorangan yang dahulunya menyokong KeADILan tetapi sudah keluar dengan melakukan pelbagai aktiviti yang kesemuanya menjurus untuk membantu Barisan, dan menggagalkan Pakatan.

Perlu diingat bahawa Ibrahim Ali menang di kawasannya atas undi para penyokong PAS, begitu dengan Hasan Ali.

Tetapi dari awal lagi Ibrahim Ali menubuhkan Perkasa dan dengan perjuangan atas nama Melayu, ia mengharapkan sokongan orang Melayu, yang pada tahun 2008 memberi sokongan pada PAS.

Dengan menarik penyokong PAS, apa yang dikehendaki adalah mereka ini kelak akan mengundi Barisan dengan menolak PAS.

Begitu juga Jati. Ia juga mengharapkan sokongan orang yang mengundi PAS pada tahun 2008 supaya mereka beralih pada Barisan. Siapa lagi?

Begitu juga dengan pelbagai NGO lain yang menentang Pakatan.

Kalau bagi MCLM dan KITA pula, mereka mahu menarik keluar pengundi KeADILan. Maka tentulah undi itu akan dihalakan pada Barisan.

Strategi ini dari awal dapat dilihat. Gerakan menubuhkan Kerajaan Perpaduan antara Umno dan PAS sebaik saja selepas pilihan raya 2008 ialah bagi memecahkan sebarang pertalian PAS dengan Ke- ADILan.

Sedangkan hakikatnya banyak calon PAS menang atas dukungan undi pendukung KeADILan dan DAP, dan bukannya daripada Umno.

Sepanjang tiga tahun selepas pilihan raya ke-20, wakil rakyat dan Adun Pakatan sentiasa menjadi sasaran. Akhirnya, kerajaan Pakatan Perak pun tumbang.

Tetapi ia tidak terhenti setakat itu, Pulau Pinang dan Kedah juga menjadi sasaran dan hanya mereka yang sayang pada idealisme Pakatan akan terus mempertahankannya.

Tiada ulasan: