"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Eh? Kenapa lagu Gereja ni sama dengan lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 ni?

AnakSgDerhaka
Aku rasa tak perlulah aku explain panjang lebar tentang logo sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 55 tahun ini, pasal mungkin ramai yang dah tahu tentang asal-usul logo itu..

Tapi buat yang tak tahu lagi, logo itu sebenarnya ialah logo yang telah dikitar semula dari sticker untuk kenderaan semasa sambutan kemerdekaan yang ke 52 dulu..

Dikitar semula oleh Menteri Kitar Semula, Rais Yatim... kerana kebodohannya itu (mungkin 'Buta IT') beliau menjadi mangsa belasahan Blogger Pro PR dan juga Blogger Pro UMNO/BN..

Berikut adalah logo sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 55..
Dan ini adalah logo asal..
Ini pula e-mail seorang rakyat Malaysia yang bengang dengan kebodohan Rais itu..

Saudara Pengarang,

SEBAGAI rakyat Malaysia di alaf Transformasi, saya amat kesal dengan sikap Jawatankuasa Sambutan Perayaan ke 55 tahun Kemerdekaan Malaysia kerana memilih logo setaraf 'Pembantu Rumah' atau 'Pra-Sekolah'.

Tidak tahu di mana silapnya, seolah-olah semua ahli jawatankuasa termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim tidak pernah melihat laman web http://pmr.penerangan.gov.my/ yang memaparkan logo sambutan sambutan hari kemerdekaan sejak 1976 sehingga 2011.

Saya lebih terkejut apabila melihat video di (Youtube) yang mendakwa logo Kemerdekaan 55 boleh disiapkan tidak sampai 5 minit, malah hanya 3 minit sahaja menggunakan Adobe Photoshop atau Microsoft Word.

Persoalannya, apakah yang ingin disampaikan Menteri dan Jawatankuasa Sambutan Hari Perayaan Kemerdekaan Ke 55 Malaysia ketika Perdana Menteri mendapat keyakinan rakyat melalui pelbagai transformasi?

Sewajarnya, logo Kemerdekaan Ke 55 dicipta selari dengan hasrat Perdana Menteri yang digelar 'Bapa Transformasi' dan bukannya melakukan transform logo yang sudah basi di minda rakyat.

Semoga di tahun yang akan datang, sewajarnya logo hari kebangsaan dilukis atau dicipta oleh 'Kanak-Kanak Tadika' dan 'Orang Buta' kerana mereka mungkin lebih kreatif dan artistik daripada pencipta logo Sambutan Hari Kebangsaan Ke 55.

Salam Hormat,

MOHD ZAHID MOHD ANWAR

Rais Yatim hang jawablah...

Dan berkenaan dengan lagu tema perayan hari kemerdekaan pula.. Rais Yatim juga perlu jawab.. adakah benar lagu ini telah diciplak dari sebuah lagu ketuhanan yang dinyanyikan oleh penganut Kristian dalam Gereja mereka?

Melodinya hampir sama cuma rentak atau temponya telah diperlahankan sedikit dan sudah pasti liriknya telah ditukar..

Sila lihat video tersebut di SINI

Tiada ulasan: