"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

NFC: 6.50am 5 polis dan 5 pegawai Bank Negara datang ke rumah saya -Rafizi

Muhammad Faizal
SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.20 pagi ini menjelaskan pihak polis datang kerumahnya kira-kira jam 6.50 pagi tadi.
"Pihak polis dan juga pegawai Bank Negara datang ke rumah saya pagi ini kira-kira jam 6.50 pagi.

"Lebih kurang 10 orang pegawai yang datang iaitu lima daripadanya adalah pegawai dari Bank Negara," jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA).

"Selepas ditahan, saya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang untuk buat laporan polis berhubung penahanan saya sebelum dibawah ke mahkmah.

Turut ditahan pagi tadi dan hadir di mahkamah seorang lagi individu, Johari Mohamad yang didakwa bertanggungjawab mendedahkan dokumen berkenaan kepada Rafizi.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Sebelum itu turut hadir di mahkamah pagi ini adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Sementera itu, Peguam N Surendran bertindak sebagai peguam yang mewakili beliau pagi ini.

Tiada ulasan: