"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Ditipu, ditangkap, dirotan dan dipenjara’

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Pekerja Indonesia yang ditangkap dan dipenjarakan di Malaysia mendakwa diberikan makanan basi serta dirotan.
Perkara ini dinyatakan Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, semalam.

Mereka kata Moh Jumhur termasuk wanita dihantar pulang dari Malaysia kerana bekerja secara haram atau telah melebihi tempoh had tinggal.

Seorang pekerja dari Jawa Timur memberitahu beliau ditangkap dalam operasi setelah tiga tahun bekerja di ladang sawit.

“Saya ke Malaysia menggunakan pasport umum dari Pelabuhan Tanjung Balai. Sebelum dipulangkan terlebih dulu saya masuk penjara dan dikenakan rotan,” kata Sugiantoro seperti dilaporkan detik.com.

Ditipu agen

Manakala, Indra yang berasal Kabupaten Meranti, Riau mengaku ditipu agen pekerja Malaysia yang menjanjikan boleh mendapat pemutihan di Malaysia.

Katanya, beliau sudah membayar RM200 seminggu sehingga RM3,000 tetapi ternyata agen membawa polis untuk menangkapnya.

Herlina yang sudah dua tahun bekerja di kilang roti di Kelang terkena operasi dan ditangkap pihak imigresen Malaysia selama dua bulan.

Dia juga kena tipu dengan memberikan wang seribu ringgit.

“Saya masuk penjara dan hanya diberi makan sayur dan ikan yang basi,” keluh Herlina.

Moh Jumhur menawarkan kepada mereka untuk mengurus seluruh dokumen berkaitan pekerjaan secara resmi.

“Kalau diproses secara resmi, apa masih ingin lagi ke Malaysia?” tanya Jumhur.
Mereka menjawab mahu.

“Jangan menjadi pekerja haram,” kata Moh Jumhur.

Tiada ulasan: