"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buat konsert dalam Masjid

DukunPasir
Kita patut AMBIL PEDULI BENDA NI.... Sebab ianya melibatkan jemaah lain juga. Jangan kita FIKIRKAN DIRI SENDIRI SAJA....Ok baca dulu..

Hari ni agak kelewatan ke Masjid untuk solat Jumaat. Langkah kaki dan terus duduk di barisan belakang. Ah! Kebetulan duduk sebelah MAJID dalam masjid tadi haha. Selepas bersalam dengan Majid.... Niat Iktikaf supaya dapat pahala lebih.. nak solat sunat Khatib dah baca kutbah.

Tumpuan untuk mendengar Khatib membaca khutbah mula terganggu dengan bunyi bising di bahagian kanan. Kanak kanak kecil dan dewasa mula bercerita... bapak bapak juga dilihat ada yang berbual di tepi birai Masjid.

Ah!! Apa bising sangat mereka ni... macam mana nak solat nanti? Hati mula panas dan niat NAK MARAH PADA KAKI KAKI KONSERT DAH MULA MEMBUAK BUAK... seperti juga membuak buaknya Pahala ditolak kerana "Maki Hamun dalam hati" .

Triba triba SUASANA TADI YANG BISING LEBIH DARI KHATIB DIDEPAN ..... MULA DIAM DAN SUNYI SEPI... Terasa Aman seketika hinggakan Musa Aman dinegeri Sabah pun tak rasa macam ni punya aman dan damai......

TAPI APA SEBABNYA SEMUA DIAM? ADA MALAIKAT LALU KAH? ATAU DIPANAH PETIR KAH YANG BIKIN KONSERT TADI? Ingin tahu..... toleh kebelakang.........

NAMPAK KELIBAT BEBERAPA MAKCIK MAKCIK MUNDAR MANDIR DI BARISAN BELAKANG TADI SAMBIL MEMEGANG ROTAN....Hahaha!! Ini puncanya mereka semua diam!

ALHAMDULILLAH .... Dengan KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN MAKCIK MAKCIK YANG MENJAGA KANAK KANAK TADI SOLAT JUMAAT DAPAT DIDIRIKAN DENGAN TENANG DAN SEMPURNA.

Apa yang meruntun jiwa ialah ..... BILA LIHAT MAKCIK MAKCIK TADI BALIK BERSAMA SUAMI MASING MASING YANG TERDIRI DARI AJK MASJID TERMASUK PAK IMAM...... Bukan kan ini satu keadaan yang menarik??

Apa yang ingin dikongsi ialah ......MUNGKIN INI SATU CARA YANG BOLEH DI GUNAKAN DI MANA MANA MASJID UNTUK MENJAGA KETENTERAMAN DALAM MASJID TERUTAMA SOLAT JUMAAT.

Apa yang dikesalkan ialah kadang kala kita sebagai Jemaah sendiri tidak ambil hirau KEADAAN BISING DIDALAM MASJID?? Jika bising bolehkah kita solat dan duduk dengan tenang?? Selesakah kita?

Pada Bapak, AYAH, BABA pula yang mahu mendidik anak ke Masjid, AMARAN LAH MEREKA DENGAN KERAS TENTANG TIDAK BOLEH BISING DALAM MASJID.... Jangan jadi seperti kes ini....

" Anak siapa tu memekak dalam masjid??

" Anak Imam lah siapa lagiiiiiiiiii....."

Kan PEDIH DAN MEMALUKAN ....Bapak tonggang tonggek di saf depan, anak tonggang tonggek KACAU ORANG SOLAT......

Tiada ulasan: