"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perbalahan Ulama-Profesional hanya rekaan Hasan Ali

Jamilah Kamarudin
SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan berlakunya amalan asabiyah (berpuak) antara kumpulan ulama-profesional-erdogan-kerajaan perpaduan (UG) dalam parti sehingga timbul perbalahan antara mereka.
Sebaliknya persepsi itu wujud berpunca daripada permainan politik bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang menerapkan fahaman terbabit sebelum dipecat parti.

Katanya, isu itu pernah wujud sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lagi tetapi kemudiannya senyap seketika selepas PAS menang besar.

“Isu pertembungan Ulama-Profesional hanya rekaan.

“Ia dibawa dulu oleh Hasan Ali, bila dia tak puas hati selepas PRU 2008 dia bawa isu itu,” katanya.

Sehubungan itu, Khalid mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya tidak mudah termakan dengan rekaan yang dibawa Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa wujud kumpulan tertentu dalam parti dan mahu memecahkan- belahkannya.

Tegasnya, PAS tidak membezakan mana-mana pihak dan menghargai semua golongan termasuk profesional dan aktivis yang boleh berhujah berlandaskan ilmu.

“Jangan jadikan diri kamu (ahli PAS)orang yang memanjangkan dakyah Umno-BN dalam PAS,” katanya.

Katanya, gabungan padu antara golongan profesional dan ulama adalah kaedah mantap yang perlu diperkukuhkan demi mencapai kejayaan.

Sementara itu, dalam reaksi terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Umno-PAS bersatu demi Islam, pelawaan itu sama sekali ditolak.

“Selagi ada bulan, bintang dan matahari, PAS takkan bekerjasama dengan Umno,” tegas Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib.

Menurut Saari, jika Umno parti itu perlu mengubah dasar yang dulunya bersifat zalim kepada Islam jika ikhlas mahu menjalinkan kerjasama.

Semalam, Muhyiddin dalam sesi dialog di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyatakan hasrat melihat Umno dan PAS bersatu demi memastikan kekuatan Islam terus kukuh dinegara ini.

Muhyiddin berkata, Umno bersikap terbuka dan tidak ada masalah jika ia membabitkan kebaikan Melayu dan Islam.

Tiada ulasan: