"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah malaon bekas pembantu Shahrizat yang 10 kereta mewahnya dirampas SPRM


PUTRAJAYA: Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM.
Nasib baik ada title latuk dan ahli politik... Tak payah dijamin oleh orang lain & letak ribu ribu duit jaminan. Kalau kasim bin kulup tu dah dah kena dah walaupun di syaki mencuri RM1.
Originally Posted by irsaffy/CariGold Forum./17 Sep 2013 11:45am
SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu Shahrizat
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dibebaskan pagi ini.

Lelaki berpangkat datuk itu ditahan oleh SPRM Jumaat lalu berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Beliau yang juga bekas Adun dan bekas presiden sebuah NGO belia dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut merampas sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik lelaki tersebut.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Volkswagen Golf GTI dan mosikal berkuasa tinggi.

Program 1Azam adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Malaysia dilancar ketika Shahrizat menjadi menteri.

Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.

Sumber Link

1 ulasan:

Unknown berkata...

Gila la, betulmke dia yang sakau duit tu...!!!?