"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir gelisah dengan kemunculan Dyana Sofya dan dapat merasakan perkara buruk akan timpa Umno?


KUALA LUMPUR, 21 MEI: Agak pelik apabila Tun Mahathir Mohamad ‘tumpang semangkuk’ memperkatakan berkenaan kemunculan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Dyana Sofya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Bagi blogger Abu Hassan Adam, kebiasaanya tokoh dan negarawan seperti Mahathir tidak begitu mempedulikan tentang PRK, apatah lagi apabila calonnya adalah calon muda.

“Dan tentu tidak ‘layak’ agaknya Tun Mahathir mencampuri urusan sedemikian,” tulis Abu Hassan di dalam blognya.

Katanya yang dipetik daripada Harakah Daily, kebanyakan rakyat mula mempersoalkan mengapa Mahathir ‘berkelakuan’ begitu dengan memberikan komen yang agak pedas kepada ‘ibu bapa Umno’ yang seakan ‘salah asuh’ anak mereka hingga sanggup ‘menderhaka’ kepada parti itu seperti yang dilakukan Dyana.


“Seakan Tun Mahathir amat bimbang dengan kehadiran Dyana dalam PRK Teluk Intan dan beliau sudah dapat merasai sesuatu keadaan buruk akan menimpa parti Umno tidak lama lagi,” katanya.


PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah, pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)lalu,Leong Peng yang memperoleh 27,399 undi menang dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.

Tiada ulasan: