"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRK Teluk Intan: DAP berjaya menyekolahkan Najib dan BN, apa itu tranfomasi

Keberanian DAP Yang Tiada Pada BN
Shahbudin Husin
Siapa calon daripada BN dan PR yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, 31 Mei depan sudah pun diketahui. DAP yang mewakili PR telah pun memutuskan untuk meletakkan seorang yang masih muda, Dyana Sofya yang baru berusia 27 sebagai calonnya manakala BN yang diwakili Gerakan pula mengekalkan calonnya yang kecundang dalam pilihanraya umum lalu, Mah Siew Keong sebagai pilihannya.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon DAP Seah Leong Peng telah menewaskan Mah Siew Keong dan seorang lagi calon Bebas dengan majoriti 7,313 undi. Dengan masing-masing sudah mengumumkan calonnya, pilihanraya kecil ini bukan saja menjanjikan persaingan sengit, lebih penting daripada itu beberapa elemen menarik juga terserlah dalam pilihanraya ini.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam pilihanraya kecil ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan. Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.

Berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan. Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama.

Laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

Ini jelas berbeza dengan PR. Dalam waktu terdekat ini, sudah dua kali mereka melakukan perubahan dan menunjukkan batasan kaum bukanlah persoalan dalam memupuk keharmonian dan kesatuan serta mencipta kemenangan. Dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bulan lalu, apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, calon yang menggantikan tempatnya ialah Melayu iaitu Dr Wan Azizah yang mengambil alih tempat Anwar Ibrahim kerana adanya halangan undang-undang untuk bertanding.

Namun, PR masih mampu mengekalkan kemenangan cemerlangnya.

Dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, giliran DAP pula melakukan pembaharuan dan transformasi. Walaupun sejak dua penggal lalu, DAP meletakkan bangsa Cina di kawasan itu, namun kali ini parti itu menunjukkan keberaniannya dengan meletakkan calon Melayu pula.

Dengan komposisi pengundi Melayu 42 peratus, Cina 38 peratus dan India 19 peratus serta kemenangan dalam pilihanraya lalu hanya dengan majoriti 7,313 undi serta cabaran yang bakal dihadapi pula ialah calon daripada parti kerajaan yang tentunya banyak jentera dan peruntukan kewangan bakal diturunkan, keberanian DAP ini seharusnya diberikan pujian dalam konteks memupuk perpaduan dan keharmonian.

Bilakah BN ada keberanian seperti ini?

Selain itu, keberanian DAP juga terserlah apabila memilih Dyana Sofya yang hanya berusia 27 tahun sebagai calonnya. Berbanding calon Gerakan yang sudah berusia 53 tahun, pemilihan seorang anak muda ini sekali lagi mempamerkan keberanian DAP yang menunjukkan mereka sebuah parti yang memandang ke hadapan.

Di manakah tempatnya seorang anak muda berusia 27 jika di dalam UMNO atau parti-parti komponen BN yang lain? Mungkin hanya menampal poster dan menjalankan kerja-kerja tidak penting saja.

Sementara para pemimppin UMNO, BN dan kerajaan menyedari nipisnya sokongan pengundi muda kepada mereka serta menyedari hampir separuh daripada pengundi dalam pilihanraya akan datang adalah golongan muda serta 3.5 juta adalah pengundi yang pertama kali menunaikan tanggungjawab, malangnya majoriti calon BN yang ada sudah menginjak senja.

Kecuali Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim dan beberapa kerat yang lain, majoriti wakil rakyat dalam BN adalah golongan berusia dan sudah senja tetapi masih mahu mendakap kuasa.

Berbanding dengan PR pula, kecuali beberapa kerat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang, majoriti yang selebihnya adalah golongan muda dan masih belia.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika pengundi muda lebih tertarik kepada PR berbanding BN.

Jika sebelum ini PR sudah ada Rafizi Ramli, Nurul Izzah serta beberapa yang lain sebagai ikon golongan muda, penampilan Dyana Sofya menambahkan bilangan dan cengkaman mereka kepada golongan tersebut. Tetapi siapa ikon golongan muda yang ada dalam BN?

Pilihanraya kecil Teluk Intan dan keberanian DAP menonjolkan Dyana Sofya, semoganya memberi banyak kesedaran kepada UMNO dan BN jika ingin terus berkuasa lagi. (SH 17/05/2014)

1 ulasan:

Hidup Melayu Islam berkata...

Ini semua cara Parti laknatullaah DAP nak menipu orang Melayu,sebagaimana PAP sial Singapore menipu orang melayu dengan memberi gaji lumayan pada orang Melayu Singapore untuk memancing orang melayu masa tahun 60an.