"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Selangor dilapor nak sertai PAS disebabkan tweet Che Gu Bard?

Tranungkite
MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dikunjungi secara ‘mengejut’ Presiden Pas, TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pertemuan yang didedahkan Chegu Bard, menerusi laman twitternya.

Apakah pertemuan yang berlangsung di rumah Abdul Khalid mempunyai kaitan dengan khabar angin kononnya Menteri Besar Selangor itu bercadang mahu menyertai Pas, soal Chegu Bard yang dipetik panjang-panjang Utusan Malaysia.

Kenapa tiba-tiba dan tengah malam?

Turut mengiringi TG Hadi adalah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

........
Komen aku pula.. Jumpa tengah malam lah pasal solat tarawih.. BANGANG betul! Takkan nak jumpa selepas Maghrib! Atau selepas Asar!

Kesian Khalid Ibrahim yang ditikam kiri kanan untuk mencari kesilapan demi meng'halal'kan perbuatan menjatuhkannya kononnya Khalid menyusahkan Pakatan Rakyat.

Jika Khalid ada kesilapan dan memang setiap pimpinan tak lari daripada membuat kesilapan kenapa tidak dibuat cara yang baik.

Tiada ulasan: