"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ukraine tersalah tembak MH17? Sepatutnya IL-96 Russia (Gambar)

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin.

LIDAH rasmi Rusia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moscow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moscow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Rusia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Rusia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunyai struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama.

Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang, katanya.
-Sinar harian

Tiada ulasan: