"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib 'ternoktah' sebelum Ramadan?

Mungkinkah gerak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk 'menokhtahkan' Datuk Seri Najib Razak akan bermula sebelum Ramadan tiba?

Pada pandangan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, langkah itu perlu diambil sebelum kedatangan bulan puasa yang memang penting dalam kalendar Islam.

Kata Liew (gambar), Ramadan dijangka bermula pada 18 Jun sebelum diikuti pula kedatangan Aidilfitri.

"Biasanya tiada sesiapa mahu 'menumpahkan darah' sepanjang Ramadan.

"Justeru, jika anda mahu menamatkan kerjaya Najib, anda perlu lakukannya sebelum Ramadan," katanya kepadaMalaysiakini.

Jika Najib terselamat daripada 'dikorbankan', kata Liew, perdana menteri mungkin sempat memanjangkan tempoh kerjaya politiknya untuk beberapa bulan lagi.

"Saya rasa mereka (penentang Najib) tidak mampu menunggu lebih lama, jadi mereka memulakan langkah (sebelum Ramadan).

"Kini kita perlu menunggu bagaimana reaksi Najib," katanya.

Semalam satu klip video memuatkan ucapan Muhyiddin tersebar luas di media sosial.

Dalam klip itu Muhyiddin mendesak supaya semua Lembaga Pengarah 1MDB - yang kini dilanda masalah hutang menimbun - dipecat, selain disiasat polis kerana salah urus kewangannya.

Muhyiddin juga mendakwa, beliau sudah menasihati Najib tetapi tiada perubahan berlaku.

Namun Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercadang untuk menyingkirkan perdana menteri.

Ia mungkin desakan paling keras terbuka pernah dibuat Muhyiddin terhadap Najib setakat ini.

Bagaimanapun, majlis itu dipercayai diadakan secara tertutup sebelum rakaman berkenaan dibocorkan di media sosial.

Sementara itu felo Penang Institute, Wong Chin Huat (kiri), berkata jika Muhyiddin sudah mula menyerang orang Najib, itu membayangkan kemungkinan bekas Menteri Besar Johor itu memiliki penyokong mencukupi untuk membolehkan dia 'membakar jambatan' yang menghubungkannya dengan perdana menteri.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: