"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyokong PAS solat hajat untuk Mukhriz?

Orang Thailand, penyokong PAS solat hajat untuk Mukhriz
Mohamad Fadli 
mukhriz-malaysia-thailand-pasALOR SETAR: Rakyat Thailand yang tinggal di sempadan Malaysia- Thailand dikatakan turut mengadakan solat hajat memohon Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah.
Begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS yang dikatakan mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing mendoakan Mukhriz tidak digantikan.

“Ini semua kerana sepanjang Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, beliau membantu semua orang termasuk parti pembangkang seperti PAS,” kata seorang rakyat Kedah, Norwani kepada FMT.

Kakitangan sebuah hotel di tengah-tengah bandaraya ini berkata, keperibadian Mukhriz yang mesra rakyat dan tidak lokek untuk memberi bantuan kepada masyarakat luar bandar membuatkan beliau disenangi.

“Mukhriz juga sering memberi bantuan menggunakan gaji dan elaun Menteri Besarnya sendiri kepada rumah-rumah pondok dan tahfiz di kawasan luar bandar di Kedah.

“Mukhriz disukai sehinggakan di kawasan Sik yang merupakan kubu kuat PAS di Kedah membenarkan Mukhriz masuk. Dahulunya orang Barisan Nasional (BN) tidak dibenarkan masuk ke dalam Sik. Tetapi Mukhriz dibenarkan masuk kerana mereka suka Mukhriz,” katanya.

Mohd Saidi, 45, yang bekerja sebagai pembantu restoran berkata, Mukhriz memberi banyak sumbangan dalam bidang sukan di negeri itu.

“Pemuda suka sebab beliau sering mengikuti anak muda main bola pergi ikut sama ke padang dan sorak sama-sama. Kalau ada kekurangan beliau akan bantu.

“Beliau suka berkawan. Saya sedih kerana tidak sempat lihat Mukhriz bangunkan Kedah,” katanya.

Pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali Pak Cik Arif berkata, sumbangan terbesar Mukhriz dalam bidang sukan apabila melonjak status pasukan bola sepak Kedah.

“Bola sepak pasukan Kedah yang dulunya telah jatuh ke Liga Perdana kini naik ke Liga Super dan sehingga jadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun lepas.

“Ini mungkin berkat usaha dan cara kepimpinannya yang berkesan, Alhamdulilah,” katanya.

Sementara itu, Shariff Mohamad berkata, dia menyokong penuh kepimpinan Mukhriz walaupun tidak memihak atau menyokong mana-mana parti.

Dia juga tidak menolak penyingkiran Mukhriz ini dengan masalah dalaman yang berlaku dalam politik Malaysia.

“Kenapa perlu ditukar pemimpin yang baik kepada semua orang. Penyingkiran Mukhriz ini satu penghinaan kepadanya,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan: