"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahmad Bashah 'Terlena' Juga Ketika Majlis Angkat Sumpah MB Walaupun Sudah diperingatkan Oleh Mukriz (Gambar)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dirakamkan dengan mata tertutup untuk beberapa saat, semasa majlis istiadat mengangkat sumpah jawatan itu pada Khamis.

Ahmad-BashahBeliau dilihat memejamkan mata dalam tempoh agak lama sehingga ia boleh dirakamkan secara langsung di TV dan penonton mengambil kesempatan mengambil gambar beliau dalam keadaan 'terlena' itu menerusi skrin.

Gambar berkenaan tersebar begitu pantas di Internet termasuk ruangan sembang menerusi aplikasi telefon.

Bagaimanapun, tiada tanda-tanda menunjukkan Ahmad Bashah tertidur kerana kepalanya dalam keadaan tegak.

Bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu secara sinis menasihatkan Ahmad Bashah supaya tidak terlena semasa majlis angkat sumpah.
Kira-kira seminggu lalu, Ahmad Bashah dirakamkan dengan matanya tertutup dan sebelah tangannya di bawah dagu pada satu majlis rasmi kerajaan negeri, dan dilaporkan telah tersebar di Internet.
Ahmad Bashah tidak dapat dihubungi bagi mengulas mengenai gambar berkenaan kerana tugasnya menyaksikan penganugerah pingat kepada 200 penerima oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah, sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan menteri besar.
-mstar-

Tiada ulasan: