"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak terperanjat kalau Hadi cakap, kata Hanipa

Shakira Buang

Tidak ada apa yang perlu dihairankan apabila Abdul Hadi Awang menyamakan pihak yang mengkritik kerjasama dijalin PAS dan Umo seperti "orang Yahudi" kata seorang timbalan menteri.

Menurut Hanipa Maidin jika kenyataan seumpama itu keluar dari mulut Abdul Hadi, ia bukanlah perkara baru.

"Apa saja (kenyataan) yang datang dari PAS, daripada Presiden PAS, ia bukan benda baru dan tidak ada apa yang kena terperanjat," katanya kepada media semasa ditemui di lobi parlimen hari ini.

Hanipa berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan dibuat Abdul Hadi yang dilapor menyamakan pihak yang membantah kerjasama partinya dan Umno dengan "Yahudi".

Hadi membuat persamaan itu ketika menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Umno adalah untuk menyelamatkan negara.

Hadi dilapor berkata demikian dalam program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam tadi.

“Lepas itu bila Umno-PAS hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan kaum lain. Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang Islam bersatu masa zaman nabi.

“Inilah penyakit yang mesti kita lawan. Mari kita bersatu padu, biar musuh pergi jahanam,” katanya seperti dilapor TMI hari ini.

Lebih banyak lepas ini

Menurut Hanipa, beliau sendiri langsung tidak terperanjat kenyataan sebegitu dibuat Abdul Hadi.

Malah katanya sebelum ini pun presiden PAS berkenaan mendakwa seseorang itu dibenarkan berbohong semasa mempertahankan tindakan anggota parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengaku tidak bercakap benar.

“Jadi, saya tak teperanjatlah, kalau PAS, saya tak terperanjat langsung. Yahudi, bohong boleh, semua itu,” katanya.

Menurut timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada setiap hari akan ada saja 'fatwa' bari dikeluarkan PAS.

Justeru, katanya, pada suatu ketika dulu beliau pernah menyindir PAS dengan menggelarkan pertubuhan terbabit sebagai parti suci.

Alasannya, kata Hanipa, PAS beranggapan hanya mereka saja yang layak bercakap tentang isu Islam.

“Dan akan lebih banyak lagi kenyataan seperti itu selepas ini,” katanya yang juga anggota parlimen Sepang.

Tiada ulasan: